Sunday, December 28, 2008

Salam Hijrah

Salam Maal Hijrah kepada semua pembaca blog ini. Esok, kita akan menyambut tahun baru, 1 Muharam 1430 Hijrah. Semoga kedatangan tahun baru ini menceriakan lagi kehidupan kita semua. Bersempena kedatangan tahun baru, kita juga punya cita-cita dan impian serba baru. Apa impian anda? Pastinya, semua mahukan hijrah kali ini lebih baik daripada hijrah terdahulu. Sesiapapun pasti mahu yang terbaik dalam kehidupan dan mengimpikan hari yang dilalui semakin lengkap daripada hari sebelum dan terdahulu.
Apa persiapan anda menyambut 1 Muharam? Mungkin ada yang merancang untuk berpuasa sunat esok dan ada juga yang mahu meningkatkan ibadat bersempena kedatangan Muharam, bulan pertama dalam takwim Islam. Apapun impian anda, saya doakan agar anda menemui kebahagiaan.
Agak lama saya tidak update blog ini, maklumlah, kesuntukan masa, biarpun menghitung hari untuk berhijrah ke tempat lain, hari-hari yang saya lalui kini semakin padat. Berkemas hampir setiap hari dan dalam masa yang sama check bahan yang dibuat oleh penulis Jelita. Tidak ketinggalan menjadi pendengar setia kepada sesiapa sahaja yang mahu mendapatkan pandangan dan meluahkan perasaan.
Cuti-cuti umum pula terisi dengan temu janji denga rakan lama dan memenuhi undangan perkahwinan. Hari ini, saya sekeluarga ke seksyen 17, Shah Alam, meraikan perkahwinan saudara sepupu manakala esoknya pula, insya-Allah ke Dewan Merak Kayangan untuk meraikan perkahwinan anak bongsu kepada bekas Pengarang URTV, Bahyah Mahmood dan suaminya, Ahmad Idris. Semoga perkahwinan kedua-dua pengantin berkekalan hingga ke hujung nyawa.
Selamat menyambut Maal Hijrah...

Sunday, December 21, 2008

Ekzema

20 Disember 2008

Pagi ini, tepat jam 9 pagi, saya, suami dan hajar tiba di hospital ampang puteri untuk rawatan susulan hajar yang bermasalah ekzema. Sudah beberapa bulan mengubatinya tetapi masalah dihidapi tidak juga menunjukkan tanda-tanda terkawal atau sembuh. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk membawanya ke Ampang Puteri untuk bertemu pakar kulit, Datuk Dr Biduwiah Long Bidin dua minggu lalu. Hari ini, sekali lagi saya membawanya ke hospital itu. Lama menunggu, nama Hajar dipanggil pada jam 11.15 pagi. Sempat kami minum di kafe paras bawah hospital itu. Alhamdulillah, ekzema dialami semakin sembuh. Tiada lagi terasa kasar pada kulit kepalanya. Hajar pun tidaklah asyik menggaru kepalanya sehingga luka. Disebabkan asyik menggaru beberapa bulan lalu, kulit kepalanya sering luka walaupun puas saya melarangnya daripada terus menggaru. Saya katakan kepadanya, jika dia terus menggaru, rambutnya akan dibotakkan. Dia takut mendengarnya kerana suka melaram.
Ubat yang diberi memang banyak, untuk makan tengah hari, malam, disapu dan untuk syampu. Namun, puas hati sebab ekzema makin lenyap.
Doktor bertanya adakah kami memelihara kucing, jawapannya tentu tidak, sebab saya sendiri takut kucing. Namun, kami mempunyai sejarah keluarga berpenyakit asma/lelah. Jadi, Hajar tidak asma tetapi mengalami ekzema pula. Mujur juga di kepala sahaja, tidak seluruh tubuh.
Sebelum nama Hajar dipanggil, saya memerhatikan seorang kanak-kanak yang muka dan tubuhnya bermasalah ekzema. Namanya Aishah dan berusia satu tahun tiga bulan. Menurut ibunya, sekarang ini keadaan Aishah tidak teruk berbanding ketika masih bayi. Kesian melihat pipi Aishah yang tembam dan putih melepak ada kesan garu sehingga berdarah. Di tangannya juga begitu. Saya nasihatkan ibu Aishah supaya menyarungkan stoking pada tangannya, rupa-rupanya sudah dibuat tetapi Aishah pandai membuka stoking itu untuk membolehkannya terus menggaru. Saya pernah lakukan perkara yang sama pada Hajar, memang betullah, dia buka juga stoking itu. Hendak marah pun susah, budak-budak, mereka tidak faham. Cara terbaik untuk pastikan dia tidak garu hingga berdarah, jangan lupa potong kukunya agar sentiasa pendek dan rapi. Jauhkan juga daripada haiwan peliharaan seperti kucing, arnab dan hamster. Ada kemungkinan mereka alah terhadap bulu haiwan berkenaan. Bagi mereka yang mempunyai anak bermasalah ekzema, usah putus asa untuk mengubati si kecil...

Saturday, December 20, 2008

IJN

19 Disember 2008.

Institut Jantung Negara hendak diswastakan? Terkejut saya mendengar kenyataan itu. Secara peribadi, saya berasakan tidak wajar. Apa perlu diswastakan? Tidak perlu, biarlah IJN seperti sedia ada sekarang. Pasti ramai yang selesa dengan kemudahan, rawatan dan kecekapan kakitangannya. Saya tidak pernah menghuni tempat itulah tetapi pengalaman yang dilalui oleh ibu saya, sedikit sebanyak membuka mata saya mengenai kecekapan dan rawatan yang disediakan. Hampir 10 tahun ibu saya berulang alik ke IJN untuk menjalani rawatan susulan selepas disahkan berpenyakit tekanan darah tinggi dan paras kolesterol yang tinggi. Alhamdulillah, keprihatinan dan dedikasi yang ditunjukkan oleh pakar perubatan yang pernah merawat ibu saya, sekarang ini, dia sihat dan penyakitnya terkawal. Paras kolesterol berjaya diturunkan dan tekanan darah tinggi dapat dikawal. Malah, ubat-ubatan yang dibekalkan semuanya bagus-bagus. itu pandangan famili doktor kami.

Thursday, December 18, 2008

Pusat Perubatan Universiti Malaya

18 Disember 2008...

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sudah jauh berubah. Pesat dengan kerja-kerja baik pulih. Semakin luas dan nampak terus sibuk. Tidak lagi seperti 15 tahun lalu. Kali terakhir saya menjejakkan kaki di situ ialah kira-kira enam tahun lalu. Ketika itu, menghadiri kongres perubatan. Sebelum itu, beberapa kali juga saya berkunjung ke sana untuk menemuramah pakar perubatan dan meninjau sistem pengendalian ubat-ubatan di pusat perubatan itu yang masih dikenali sebagai Universiti Hospital. Semua itu tinggal kenangan. Tatkala kaki melangkah ke PPUM sekali lagi pada 19 November 2008, saya memandang ke kaunter farmasi dan memaklumkan kepada anak saya bahawa saya pernah duduk di dalam kaunter farmasi itu dan melihat sendiri agihan ubat-ubatan. Namun, pada hari itu kunjungan saya bertujuan menemankan ibu menjalani pemeriksaan mata di Jabatan Oftalmologi di tingkat bawah PPUM.
Sebulan selepas itu, iaitu pada 17 Disember 2008, saya sekali lagi ke PPUM menemani ibu bapa dan suami untuk menjalani rawatan di situ. Hasil pemeriksaan terhadap mata ibuku, doktor menasihatkannya supaya menjalani pembedahan kerana kataraknya sudah cukup masak. Kami akur jika itu jalan penyelesaian terbaik tambahan pula ibu saya tidak dapat melihat dengan mata kanannya, pasti selaput pada mata kanannya menebal hingga menyebabkan dia tidak mampu melihat.
Apa pula kisahnya bapa dan suamiku? Mereka dikehendaki datang lagi pada 23 Januari 2009 manakala ibuku pula dikehendaki datang sekali lagi pada 19 Disember untuk menjalani pre operation examination - pemeriksaan tekanan darah, ECG dan ujian darah untuk mengetahui paras glukos dalam darah sebelum pembedahan. Selepas didapati semuanya OK, tarikh pembedahan ditetapkan, iaitu 31 Disember 2008. Cepat! Agak mengejutkan tetapi mulanya pembedahan dijadualkan pada Mei 2009 tetapi entah macam mana selepas saya mengajukan soalan, berapa pembedahan yang dilakukan pada setiap hari didengari oleh seorang doktor, ada pula tarikh untuk ibu saya dan doktor bertanya adakah ibu saya bersedia untuk dibedah pada 31 Disember? Jawapan saya, boleh. lagi cepat lagi bagus. Doktor mengatakan ibu saya akan ada mata baru untuk sambut tahun baru.
Insya-Allah pada 31 Disember ini, ibuku akan dibedah. Ini kali kedua, ibuku jalani pembedahan katarak. Kali pertama, kira-kira lima tahun lalu di Hospital Mata Tun Hussein Onn, Petaling Jaya. Mata sebelah kiri dan kali ini kanan pula. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.

Sembang di PPUM

Dalam pada menunggu pemeriksaan untuk ibuku, saya saya berbual-bual dengan seorang lelaki berbangsa Hindu. Peramah dan fasih berbahasa Melayu. Itulah yang boleh saya katakan. Orangnya tinggi dan masih nampak kuat walaupun usia sudah 79 tahun dan menghidap penyakit pakej - diabetes, tekanan darah tinggi dan jantung. Namun, semuanya terkawal. Dia pernah jalani pembedahan katarak tiga tahun lalu di Melaka dan pada 15 Januari 2009, dia sekali lagi dijadualkan menjalani pembedahan katarak pada mata sebelah kanan pula. Saya kagum dengan semangat dan kekuatannya. Dia rancak bercerita mengenai anaknya, empat orang semuanya, tiga lelaki dan seorang perempuan. Seorang daripada doktor dan memiliki klinik persendirian. Dia duduk di Pelabuhan Klang dan menaiki bas pada jam 6.30 pagi untuk ke PPUM. Bas yang dinaiki berhenti di EPF Jalan Gasing dan dia berjalan kaki ke PPUM. Dia tiba di hospital itu pada jam 8 pagi. Saya terkejut kerana dia sendirian dan masih larat berjalan ke hospital. Dia mengatakan tidak mahu menyusahkan anak-anaknya tetapi bagiku, mengapa tidak seorang pun anaknya yang mahu menemaninya, Mungkin dia bertegas mahu pergi bersendirian? Mungkin juga. Saya bertanya, apa pekerjaannya? Pantas dia menjawab, polis dan sudah berkunjung ke seluruh Malaysia dan Asia. Jawatan terakhirnya Inspektor dan gaji awalnya hanya RM35. Dia sempat mengatakan generasi sekarang lebih cenderung
untuk mengejar gaji besar, rumah besar dan kereta besar. Saya katakan sudah pastilah sebab ramai yang berlumba-lumba untuk senang. Dia sekadar tersenyum. Perbualan rancak saya terhenti apabila nama ibu saya dipanggil untuk diperiksa. Semoga dia juga selamat dibedah nanti.

Monday, December 15, 2008

cuti-cuti malaysia

15 Disember 2008

Ofis sunyi dan lengang, sebabnya waktu makan tengah hari dan ada yang cuti. Sabtu dan Ahad, saya sekeluarga ke Sungai Petani, kali pertama jejakkan kaki ke situ tapi bukanlah kali pertama berkunjung ke negeri Jelapang Padi. Anak-anak seronoklah sebab dapat berjalan-jalan sebab cuti sekolah tahun ini belum ke mana-mana, umi ayah mereka sibuk bekerja. Jadi, walaupun hanya tidur satu malam di Cinta Sayang Resort, budak-budak tu tetap suka, iyelah, dapat tidur di hotel, makan di hotel dan ke Tanjung Dawai untuk makan ikan bakar.
Sebenarnya saya ke Sungai Petani sebagai memenuhi jemputan majlis pencarian model majalah I Remaja. Jadi, alang-alang pergi sendirian, lebih baik bawa keluarga, sebab penginapannya percuma. Rezeki jangan ditolak. Namun, untuk berlaku adil kepada semua pihak, sebab dah bawa keluarga, tidaklah saya berpeluang menyaksikan pencarian itu sehingga penghujung kerana perlu memenuhi kehendak keluarga, jalan-jalan cari makan di Tanjung Dawai. Sudah agak lewat ketika saya dan keluarga ke Tanjung Dawai, jam 9 lebih. Mulanya saya mahu batalkan saja niat hendak ke Tanjung Dawai apabila pemandu teksi mengatakan perjalanannya kira-kira 35 km. Saya katakan kepadanya di sekitar kawasan itu mesti ada medan ikan bakar tetapi suami pula bersungguh-sungguh untuk ke sana. Oklah, saya turutkan sahaja. Tidak sia-sia ke situ, walau jauh tetapi memang sedap dan murah. Ada banyak kedai di situ sampai rambang mata dibuatnya! Namun, kami memilih Anjung Muara. Humaira geli-geli hati ketawa bila melihat kerusinya yang besar, saya kata macam kerusi raja-raja. Merah kuning warnanya. Saya tidak pandang kerusi tapi mata liar mencari kucing. Bimbang kalau ada kucing di situ, memang ada tapi nasib baik jauh daripada tempat duduk kami.
Macam-macam budak-budak tu bedal, ketam masak cabai, sotong goreng tepung (hajar paling banyak makan) ikan siakap tiga rasa (favourite rahman) ikan pari bakar (kegemaran saya), udang masam manis (humaira suka), mi hailam dan mi goreng (azimlah habiskan). Semuanya licin. Memang puas hati. Saya terkenangkan Melaka sebab ketika bekerja di Melaka, setiap bulan saya ke medan ikan bakar. Terubat jugaklah kerinduan nak makan ikan bakar di Melaka tu.
Selepas itu pemandu teksi, Encik Azman bawa ronda-ronda sekejap, baru hantar kami pulang. Hampir jam 12 jugaklah tiba di resort. Susah pulak nak tidur sebab dah makan macam-macam.
Esoknya, sesudah Subuh, budak-budak tidur balik, tak ada cerita pun nak singgah ke karnival, semuanya bergulung sampailah jam 9.30 pagi, itu pun dikejutkan. Lupakan jugak makan nasi kandar dekat Village Mall yang nampak 'happening' tu. Akhirnya, jam 10.40 pagi, makan sandwic je di coffee house sebab breakfast pun dah habis. Nak tunggu lunch pulak sampai jam 12, dah nak berangkat pulang pun.
Jam 1.15 baru berangkat pulang. Lama menunggu di lobi sebab bas tak kunjung datang. Apa pun kami selamat sampai di pejabat jam 7.25 malam dan 20 minit kemudian tibalah di teratak pandan...

Thursday, December 11, 2008

Noktah terakhir

11 Disember 2008

Selesai sudah segala tugasku untuk Jelita keluaran Januari. Biarpun bukan bumper issue tetapi bahan yang perlu diisi umpama menguruskan bumper issue sebab iklan begitu terhad. Tidak sampai 50. Jadi, bahan yang perlu disemak, memang terlalu banyak! Bulan ini sahaja, team Jelita menghantar 95 bahan. Syabas dan tahniah kepada semua kakitanganku kerana tidak pernah mendengar keluhan mereka apabila dibebani kerja yang bertimbun (tak taulah kalau mengeluh belakang aku kan...hah...hah...hah).
Biarpun hanya 17 keluaran bersama mereka (dari September 2008 hingga Januari 2009), aku gembira dapat bekerja dengan anak-anak buah yang rajin dan aku pandang seperti adik-adikku di rumah. Mereka adalah racun dan penawar dalam hidupku juga...Pastinya aku akan merindui rajuk dan tawa mereka nanti.
Sewaktu menulis di dalam ruangan Tinta Pengarang, hatiku tersentuh kerana selepas ini, aku akan berhijrah dan meneruskan pengembaraan dalam dunia serba baru. Biarpun sayup hatiku meninggalkan kerjaya yang menjadi impianku sejak zaman persekolahan lagi, namun, pada masa yang sama hatiku teruja untuk menempuhi pengembaraan baru, mudah-mudahan perjalanan kerjayaku pada kali ini dapat mendidikku menjadi insan yang lebih sabar.
Bagi diriku, bidang penulisan boleh dipraktikkan di mana-mana sahaja, tidak semestinya menjadikan majalah atau akhbar sebagai medium untuk menulis. Hakikatnya, biarpun tidak lagi bergelar wartawan, diriku akan terus menulis, sama ada menerusi buku, blog dan buletin. Tunggu sahaja kemunculannya tahun hadapan. Insya-Allah.
Sebahagian usiaku dihabiskan dalam bidang kewartawanan kerana dalam meniti usia yang bakal menjangkau 44 tahun pada Januari ini, 22 tahun aku bergelar wartawan. Bermula dengan majalah bulanan terbitan Fomca (untuk beberapa bulan) dan melangkah ke dunia persuratkhabaran pada November 1986. Kini, apabila tarikh 31 Januari menutup tirai, aku tidak lagi bergelar wartawan...

Ahlan wa sahlan kepada dunia baru ku!

Tuesday, December 09, 2008

Salam Aidiladha

9 Disember 2008.

Semalam umat Islam seluruh dunia menyambut Aidiladha atau juga dikenali sebagai hari raya korban. Setiap kali menjelang Aidiladha, hati saya tersentuh, mengingati pengalaman pertama menjejakkan kaki ke Makkah pada Februari 2000 untuk menunaikan pengembaraan paling agung, iaitu memenuhi rukun Islam kelima - haji. Pastinya, pengalaman yang dilalui tidak dapat dilupakan selagi hayat dikandung badan. Tidak dapat digambarkan dan diceritakan pengalaman perjalanan ke Tanah Suci memenuhi kewajipan itu. Setiap orang yang sudahpun mengerjakan ibadat haji, pasti mempunyai pengalaman berbeza kerana ia perjalanan kerohanian atau spiritual yang sukar diungkapkan dengan kata-kata atau tulisan. Tanyalah pada mereka yang pernah melangkah ke Tanah Suci, terutama yang sudah mengerjakan ibadat haji, pasti mempunyai pengalaman yang berbeza. Terharu, sebak, sedih, gembira menjadi tetamu Allah dan pelbagai pengalaman menjadikan diri merindui tempat itu. Hakkatnya, ke mana-mana sahaja saya melangkah, pada setiap penghujung perjalanan, pasti hati dan perasaan teringatkan Baitullah, yang tersergam indah dan pelbagai pengalaman indah sepanjang di rumah Allah.
Sebab itu, cerita mengenai Tanah Suci ini paling seronok dikongsi dengan mereka yang pernah mengunjunginya. Berkongsi cerita, pengalaman pahit manis di sana sentiasa menggamit rasa dan cita-cita untuk terus ke sana jika diizinkan oleh-Nya.
Hari Raya Haji tahun ini, ramai saudara-mara dan kenalan saya ke sana. Adik dan ibu saudara juga ada di sana. Alhamdulillah, ketika coretan ini ditulis, Imran selesai melontar jamrah Aqabah dan bersyukur kerana segala-galanya berjalan lancar sepanjang wukuf di Arafah.
Semoga Allah mengurniakan haji yang mabrur kepada semua tetamu Allah. Amin...

Saturday, December 06, 2008

Kisah semalam

6 Disember 2008.

Kisah semalam masih segar dalam ingatan. Mungkinkah berkekalan sehingga hujung nyawa jika diberi usia yang panjang? Semalam, 5 Disember, kami mengadakan program amal kasih di rumah warga tua sri tanjung, menziarah 27 warga emas di rumah berkenaan yang sememangnya rindukan kasih sayang, belaian dan kemanjaan. Lebih setengah hari di sana, sempatlah warga kerja Berita Publishing membelai warga tua. Sedih, lucu dan insaf, semuanya bermain dalam fikiran dan perasaan. Ada yang nampak gembira di situ dan tidak kurang juga yang nampak murung. Namun, ramai yang gembira dengan kehadiran kami sejak jam 12 tengah hari hingga jam 5.15 petang. Tidaklah banyak aktiviti yang dibuat untuk warga tua, sekadar menghiburkan mereka, melayan makan minum, memicit dan mengurut dan memeluk serta mencium mereka. Itulah yang diharapkan sebenarnya oleh mereka ini, yang nampaknya sukar melepaskan kami apabila hendak berlalu pergi. dalam pelukan dan ciuman memohon pulang, ramai yang mengucapkan terima kasih dan meminta kami datang semula. Ada yang masih kuat ingatan, mampu menguruskan diri dan tidak kurang juga yang terlantar sepi, tidak bercakap, sekadar menggerakkan bibir dan mengeluarkan suara yang tidak dimengerti.
Jutaan terima kasih kepada kak long atau Puan Azizah yang sudi memberi peluang kepada kami untuk mencurahkan sedikit kasih sayang kepada golongan itu. Kepada penyumbang dan penaja dan semua kakitangan BPSB yang menyalurkan bantuan, tidak kira sama ada tulang empat kerat, masa dan wang ringgit, terima kasih banyak-banyak.
Semoga kerja amal seperti ini diteruskan dan ditingkatkan tahun depan...

Wednesday, December 03, 2008

Makan time

3 Disember 2008

Makan time sekarang ini, bolehlah menulis blog. Makan di ofis je, ayam panggang Kenny Rogers, Siti tolong belikan di Mid Valley. Best. sesekali tukar selera...masa makan tadi, emma dan siti pun join sekali, emma makan coney dog, siti pulak masakan Jepang, tepanyaki. wah best gitu, tapi kalau makan nasi tengah hari, selalunya mudah ngantuk. kerja tengah banyak, nanti terlentok depan PC pulak.
Nak menghampiri dateline, banyak lagi yang nak diselesaikan selagi pagination belum buat ni. Banyaklah story kena hantar sebab page besar, tak banyak iklan, itu lumrahlah bila masuk Januari dan Februari. Insya-Allah, iklan banyak balik. Bila tak banyak iklan, kenalah buat banyak story dan artikel...
Sedih baca paper hari ini, anak beranak rentung, mati dalam kereta di Kota Tinggi. semoga mereka dicucuri rahmat...muka depan metro hari ini best, sebab itu saya beli, selalunya baca Berita Harian je tapi disebabkan cerita lelaki dan anaknya rentung dan amy search kahwinkan nak, sebab itulah beli. amy ala-ala pak arab pulak, siap berjubah, cuma tak pakai hegal je, yang selalu dipakai atas kepala oleh orang Arab.
Jap lagi nak buat blurb pulak, esok cover review jam 1 tengah hari, dah masing-masing sibuk dengan urusan dan percutian minggu depan, jadi awallah mesyuarat bulan ini. cover bulan januari ialah Datuk siti nurhaliza, penyanyi tersohor negara, cantik siti sebab dah slim melim.
this issue (januari) will be my last issue sebab selepas ini saya berhijrah ke tempat lain pulak -nak tau di mana, kena tunggu Januari nanti.
oklah, tak leh sembang panjang sebab nak sambung kerja.

Tuesday, December 02, 2008

Menulis di Tesco

2 Disember 2008



ketika mencoretkan catatan di dalam blog ini, saya di tesco ampang. bukan apa, testing je sebab dua hari berturut-turut tidak dapat serve internet yang baru dimasukkan. malam ini baru berjaya, entah kenapalah, mesti sabar je lah. manalah tau, barang baru, jadi, jual mahal sikit dengan tuannya. saya ke sini dengan najua (adik), humaira, hajar dan hanan (anak saudara). budak-budak ini sukalah dapat berjalan-jalan kat sini, ramailah manusia di sini, jalan-jalan cari makan agaknya dan membeli-belah. maklumlah baru dapat gaji. seronok pulak duduk kat sini, terasa aman damai walaupun ramai yang lalu-lalang.

Letih di ofis tadi, banyak sangat kerja yang nak di check, lepas tu nak layan pulak orang live life yang ajak lunch di One World Hotel - chinese food- memang umph...tak yahlah cerita panjang-panjang, nanti kempunan pulak yang membacanya.

Semalam pun rezeki murah jugak, berbuka puasa di Nikko Hotel, macam-macam ada.

Monday, December 01, 2008

Alamanda

30 November 2008

Ahad yang indah - Saya sekeluarga, termasuk ibu dan bapak ke Alamanda di Putrajaya jam 10 pagi. Setengah jam memandu, tibalah kami di pusat beli-belah tu, masih lengang lagi, iyelah, terlalu, tapi best gak jalan-jalan tak ramai orang ni, cepat beli dan cepat bayar. tujuan utama ke Putrajaya ialah nak tengok rumah Imran di Pinggiran Putra, penyewa dapat kuarters kerajaan, jadi nak minta kunci rumahlah. tapi takkanlah, nak gi rumah orang pagi-pagi buta, jadi kami jalan-jalan di Alamanda, belikan baju untuk Hazim dan hajar. Jam tangan untuk hazim, humaira dan hajar dan cincin untuk hajar dan humaira. Murah je cincin tu, jangan salah faham, dua bentuk RM10 je. mampulah nak belikan. selepas membeli, makan time. pilihan humaira ialah Pizza hut. mulanya, saya mencari restoran Sari Indah, tapi diberitahu restoran tu dah tutup. tak ada rezeki nak makan nasi padang di situ. Disebabkan Humaira dapat nombor satu, jadi pilihannya yang perlu diikut. Budak-budak tu makan sakan, dah macam ular sawa lagaknya! iyelah, nasi, pizza, pasta, roti, sup. mana nak sumbat tu? tapi apapun seronok tengok mereka makan.
selepas itu, barulah ke Pinggiran putra, malaslah nak cerita panjang, kesimpulannya, rumah imran perlu dicat, baru datang seri...bab sental menyental ni, harus dibuat secara gotong royong nanti.
balik je dari Putrajaya, selepas solat zuhur, ikut pulak ibu ke rumah kawan dia yang tunangkan anak, wah glamor, orang sekarang bertunang, siap ada pelamin lagi...kahwin nanti macam mana pulaklah...hebat masyarakat melayu sekarang ni...
sebelah malam pulak, pergi dewan mahfoz, wedding kavita, ramai jugak orang BPSB yang datang. majlis ringkas tapi meriah sebab ada gelek gerudi, kalah inul, harus terus pencen bila tengok tanggachi kecik tu menari ligat atas pentas dan dapat tepukan gemuruh tetamu...
semoga kavita dan ravi berbahagia hingga akhir hayat dan dapat ramai anak...

Busy Sakan

1 Disember 2008

Seperti biasa, hari Isnin, hari paling boring, apatah lagi anak tak sekolah sekarang ini, makinlah 'malas' dan tidak berdisiplin umi mereka. Tapi disebabkan puasa dan bangun sahur jam 5 pagi tadi, taklah boleh sambung tidur, nanti berat perut dan pening pulak. Jadi, duduklah depan laptop untuk buat kerja sikit hingga jam 8 pagi. Selepas itu calling-calling dengan Aton, tanya khabar dia. Alhamdulillah sihat...Saja bertanya khabar, sebab dah lama tak dengar berita dia.
selepas itu, barulah gosok baju dan bersiap untuk ke ofis. Sampai je ofis, buatlah kerja macam tak kenal orang lain, sebab dah 1 haribulan kan....faham-faham jelah, dateline, mana nak PH lagi minggu depan - hari raya haji., jadi, capai je komputer, teruslah check mana yang patut. Baca paper pun tak boleh lama-lama sangat hari ini. Banyak cerita menyayat hati, accident, tanah runtuh dan mati tersungkur. Namun, mati adalah pasti, itu semua sebagai penyebab saja.
Dah baca paper, sambung lagi kerja, sebelum berehat seketika waktu lunch hour ni.
Malam nanti ada jemputan makan-makan daripada Nikko Hotel. Nak ikut tak? Tak boleh tau! sebab akak dah book untuk empat orang je...Mesti best punya, insya-Allah, dapatlah berbuka di sana nanti. Ramadan lalu tak jadi nak buka puasa di sana, sebab perlu hadiri majlis pelancaran buku chedet.com di Yayasan Perdana. Jadi terpaksalah kata sori mori pada Azira, PR Nikko yang baik hati tu sebab terpaksa cancel last minit, Azeda je yang pergi sorang-sorang, dia kata sedap makanan kat situ...Esok saya cerita OK. insya-Allah bertemu lagi nanti...

Siapa Saya?

1 Disember 2008 - 1.30 tengah hari.

Diberi nama Raihanah - membawa maksud harum. Dilahirkan di Jalan Yasin, Singapura pada 6 Januari 1965. Ibuku - Maryam Ahmad Mohamed Ariff manakala bapaku - Abdullah Mubarak. Biarpun lahir di kota Singa namun saya adalah warganegara Malaysia sebab ketika dilahirkan, Tanah Melayu dan Singapura masih 'bercantum'.
Anak sulung daripada enam adik-beradik, iaitu diriku, Muhsin, Nasir, Shahril, Imran dan Najua. Semua sudah berkahwin kecuali Muhsin.
Saya berkahwin dengan wartawan Bernama Abdul Rahman dan dikurniakan tiga cahayamata. Anak sulung, Aliff Hazim, 15 tahun manakala kedua, Humaira Qistina, 13 dan Hajar Haida, 7.
Pernah bertugas di Unit Pusat Universiti (ketika menunggu keputusan STPM). Selepas itu bertugas dengan Fomca sebagai wartawan sambilan. Kemudian bekerja sebagai wartawan di Berita Harian dari November 1986 hingga Januari 2005. Pada Februari 2005, menyertai majalah Jelita sebagai Penolong Pengarang dan pada September 2007, sebagai Pengarang Jelita.
Sepanjang kerjaya sebagai wartawan, pernah menghasilkan tiga buku iaitu Gangguan Mental, Kesihatan Keluarga dan Sihat Demi Kesempurnaan Ibadat Haji.

Friday, November 28, 2008

Makan dan amal


28 November 2008 - 6.15 pm


Jumaat yang menceriakan...Pagi ini sarapan lontong, taklah suka sangat tapi terpaksa makan jugalah sebab itu rezeki depan mata. lagi pun, hubby beli, nanti tak makan kecil hati pulak. Takkan hari-hari makan roti je, sesekali tukar selera gak.

Tengah hari pulak, gi makan dengan Azeda, best lunch tadi, Nando's...tapi yang tak sedap ni, Azeda punya food, jagungnya tak fresh, macam nak basi dah. Apa lagi, member tu komplenlah, memang harus... Jangan main-main dengan golongan wartawan, berangin dan berasap selalu...nasib baik tak masuk angin keluar asap. Selepas bayar, waiter pun bagi resit dan beberapa kupon. Saya pun tengoklah, wah pertandingan...mudah je tapi hadiahnya cukup menarik, hadiah pertama, pergi South Africa., manalah tau rezeki akak kan tahun depan, datang mencurah-curah...Alhamdulillah, hadiah kedua, ke UK dan ketiga, ke Australia. Tapi kalau dapat hadiah sagu hati pun best gak. boleh belanja kawan-kawan di Nando's nanti.


Petang ni ada meeting di ofis, bincang pasal projek amal kasih 5 disember nanti. harap-harap semua berjalan lancarlah. bolehlah warga Berita Publishing manja-manjakan warga tua nanti bersempena hari raya haji. kita cadang nak gunting rambut, cuci rambut, ketip kuku dan urut-urut orang tua tu semua. tak ramai pun, hanya 27 orang. bagus kalau kerja begini dibuat setiap tahun. jangan tunggu Ramadan je untuk beramal. buatlah amal selagi hayat dikandung badan...


Malam ini pula cadang nak rai tetamu. Cadangan awal nak ajak pi Warung Santai je tapi tetamu ni tak setuju pulak sebab dah malas nak makan - penyakitnya menyebabkan dia malas nak makan. badannya dulu berisi dan gempal, sekarang tinggal 53 kg. Saya cuma berbual dengan dia petang ni tapi belum tengok muka dan badannya lagi. difahamkan, dia kena mild stroke atau bell palsy. Entah yang mana satu, tak taulah, nanti saya cerita lagi pasal perempuan ini, yang saya panggil Umi Jijah. Orangnya peramah, kelakar dan cakap lepas je. Tak ada simpan dan dendam kat orang lain. Dia tak nak keluar jalan-jalan, sebab lebih suka duduk rumah je sekarang ni. dia datang KL sebab ibu anaknya. dia duduk di spore. sekarang ni ubah angin sikitlah, boring jugak duduk saja

Thursday, November 27, 2008

Dunia Blog

27 November 2008

Salam buat semua.
Melihat orang lain berblog, saya pun teruja untuk mengikut jejak langkah mereka, apatah lagi adik-adik di ofis ni, ghairah berblog, kakak mereka pun 'cemburu' dan mahu mula berblog juga. Terima kasih kepada Siti Mariam Elias (penulis Jelita) kerana membantu saya melancarkan lagi urusan berblog ni. Akak ni 'buta teknologi'. Dalam kesibukan mengedit story, sempat jugalah menuntut ilmu dengan adik-adik di sini.
Hari ini, hati paling gembira kerana menyambut ulang tahun perkahwinan ke-16. Saya tidak mengharapkan hadiah hebat atau besar daripada tersayang tetapi cukup sekadar doa daripadanya untuk membolehkan saya menjadi isteri mithali dan sentiasa sabar...(saya jenis tidak sabar) asyik nak cepat saja...
Namun, tahun ini, saya dapat hadiah besar daripada adik nombor lima (Imran) yang berangkat menunaikan ibadat haji pada hari ini. Saya anggap pemergiannya ke Tanah Suci sebagai 'hadiah' paling besar untuk saya kerana bersyukur kerana mengerjakan haji pada usia muda. Biarpun dia jauh di perantauan, namun, saya doakan kesejahteraannya dan semoga dia mendapat haji mabrur. Kepada isterinya, Mai, dan anak-anaknya, Hadi, Amirah dan Nadia, saya mohon agar Allah sentiasa melindungi mereka sepeninggalan adik saya itu.
Hari ini juga baru dapat rush copy Jelita, punyalah lambat, tapi bukan salah team Jelita tau, yang salah Kum Printer, roller buat hal pulak, rosak...Biasanya, 23 atau 24 dah dapat, ini lambat sungguh, merajuk agaknya...sebab saya nak pergi dah. Namun, itu semua secara kebetulan je.
Oklah, saya nak sambung buat kerja ni. jumpa lagi nanti. tata titi tutu...