Showing posts with label biarkanlah seadanya. Show all posts
Showing posts with label biarkanlah seadanya. Show all posts

Saturday, December 20, 2008

IJN

19 Disember 2008.

Institut Jantung Negara hendak diswastakan? Terkejut saya mendengar kenyataan itu. Secara peribadi, saya berasakan tidak wajar. Apa perlu diswastakan? Tidak perlu, biarlah IJN seperti sedia ada sekarang. Pasti ramai yang selesa dengan kemudahan, rawatan dan kecekapan kakitangannya. Saya tidak pernah menghuni tempat itulah tetapi pengalaman yang dilalui oleh ibu saya, sedikit sebanyak membuka mata saya mengenai kecekapan dan rawatan yang disediakan. Hampir 10 tahun ibu saya berulang alik ke IJN untuk menjalani rawatan susulan selepas disahkan berpenyakit tekanan darah tinggi dan paras kolesterol yang tinggi. Alhamdulillah, keprihatinan dan dedikasi yang ditunjukkan oleh pakar perubatan yang pernah merawat ibu saya, sekarang ini, dia sihat dan penyakitnya terkawal. Paras kolesterol berjaya diturunkan dan tekanan darah tinggi dapat dikawal. Malah, ubat-ubatan yang dibekalkan semuanya bagus-bagus. itu pandangan famili doktor kami.