Monday, November 01, 2010

DVD Kembara Usrah








DVD Kembara Usrah bersama Ustazah Asni Mansor, menampilkan empat episod dan berkisar mengenai tempat-tempat bersejarah di Tanah Suci Madinah dan Makkah. Penggambaran dibuat oleh krew TV9 pada April 2010.


Mahu mengerjakan ibadat umrah dan mengenali dengan lebih dekat lagi tempat-tempat bersejarah di kedua-dua Kota Suci itu? Dapatkan DVD Kembara Usrah daripada Irna Yakin Travel & Tours dengan menghubungi 03-41473699 sekarang!
Ada empat episod menarik yang dapat anda saksikan menerusi DVD Kembara Usrah, iaitu dua episod di Madinah dan dua lagi episod di Makkah.
Harga? Murah sahaja! Hanya RM50 untuk empat episod. Tidak sesuai jika membeli satu kerana anda tidak berpeluang menyaksikan tempat-tempat bersejarah yang lain di Tanah Suci. Jadi, jangan ketinggalan untuk memiliki keempat-empat DVD itu.
Tunggu apa lagi? Dapatkan DVD Kembara Usrah bersama Ustazah Asni Mansor daripada kami sekarang!

Wednesday, September 08, 2010

Salam Aidilfitri

Masjidil Haram sering menggamit jutaan umat Islam
Madinah, kota yang semakin indah

Keindahan Nabawi kian menyerlah
Bukit Magnet, antara tarikan terbaru di Madinah
Bukit Uhud
Masjid Quba
Selamat Hari Raya kepada semua pengunjung blog ini. Maaf zahir batin dipohon bersempena kehadiran Aidilfitri, bulan kemenangan bagi umat Islam di seluruh dunia. Ramadan melabuhkan tirai dan Syawal pula menjelma.
Bersempena kedatangan Syawal, Irna Yakin Travel & Tours turut mempromosikan harga terbaru pakej umrah 2011. Harga promosi hanya RM4,950 itu terbuka kepada semua umat Islam di negara ini yang berhasrat mengerjakan umrah di dua Tanah Suci.
Ayuh hubungi kami segera untuk keterangan lanjut menerusi talian 03-41473699. Berikut ialah butir pakej umrah 2011

PAKEJ UMRAH HANYA RM4,950
DAFTAR sebelum 30 Oktober 2010.
DEPOSIT HANYA RM500 SEORANG.
BAYARAN BOLEH DIBUAT MENERUSI KAD KREDIT
PENERBANGAN MAS dari MAC hingga OGOS 2011
Anda layak mendapat:
1. PERCUMA produk Kad Kembara Irna bernilai RM299 untuk 50 jemaah terawal
2. PERCUMA kursus umrah setiap Sabtu atau Ahad
3. PERCUMA tazkirah daripada Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood & Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid
4. PETUGAS kami akan menemani anda dari tanah air hingga Tanah Suci.
5. PENGINAPAN:
Madinah: Hotel Saraya atau setaraf (50 meter dari Masjid Nabawi)
Makkah – Safoa Taamiz atau setaraf (150 meter dari Masjidil Haram)
Harga Pakej Umrah Cuti Sekolah + RM500 seorang (dari harga di atas)
Harga Pakej Umrah Ramadan + dari RM1,500 seorang (dari harga di atas)
+ RM350 seorang untuk tiga ornag sebilik
+ RM550 seorang untuk dua orang sebilik
TARIKH BERLEPAS & PULANG
MAC 2011
11 Mac-22 Mac
18 Mac-29 Mac
22 Mac-1 April
29 Mac-8 April


APRIL 2011
1 April-12 April
8 April-19 April
12 April-22 April
19 April-29 April
22 April – 3 Mei
29 April-10 Mei


MEI 2011
3 Mei-15 Mei
10 Mei-20 Mei
15 Mei-27 Mei
20 Mei-31 Mei
27 Mei-7 Jun
31 Mei-10 Jun

JUN 2011
7 Jun-17 Jun
10 Jun-21 Jun
17 Jun-28 Jun
21 Jun-1 Julai
28 Jun-8 Julai

JULAI 2011
1 Julai-12 Julai
8 Julai-19 Julai
12 Julai-22 Julai
19 Julai-29 Julai
22 Julai-2 Ogos
29 Julai-9 Ogos


OGOS 2011
9 Ogos-19 Ogos

Wednesday, August 11, 2010

Semangat Bapak

Ketika berkunjung ke Makkah pada 2005 bersama Bapak, Ibu & Azim
Kunjung ke Tanah Suci pada 2005 untuk menyambut Ramadan

Keratan akhbar Berita Harian pada 28 Julai 2010



Alhamdulillah, bertemu lagi Ramadan pada tahun ini. Bersahur, berpuasa, berbuka, berterawih dan bersedekah menjadi amalan mereka yang mahu menyemarakkan Ramadan dan merebut ganjaran daripada Maha Esa.
Ramadan kali ini mengundang kesyahduan dan kehibaan pada hati saya sekeluarga berikutan pemergian Bapak ke hadrat Ilahi pada 25 Julai 2010, kira-kira dua minggu sebelum tiba Ramadan. Semoga roh Bapak dirahmati dan ditempatkan bersama-sama orang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah.
Kenangan manis bersamanya tetap terpahat dalam ingatan. Masih terbayang langkah kecil Bapak ke madrasah berhampiran rumah pada setiap waktu solat. Biarpun bertongkat dan terpaksa berjalan lambat dan perlahan, namun semangatnya tetap kuat untuk mengerjakan solat berjemaah.
Biar hujan lebat dan malam gelap pekat, namun, Bapak tetap mengharungi segala kepayahan untuk berjemaah di Madrasah Rahmaniah.
Biarpun demam tidak kebah dan suaranya garau akibat batuk, Bapak tetap gagah ke madrasah.
Biarpun terawih mengambil masa lebih satu jam, Bapak akan terus solat berdiri sehingga selesai 23 rakaat. Begitu kuat semangatnya.
Hatta, di Makkah sekalipun, Bapak akan terus berdiri untuk mengerjakan solat terawih sehingga Imam Abdul Rahman Sudais menghabiskan satu juzuk pada setiap malam.
Biarpun pernah dihadiahkan kerusi lipat untuk memudahkan Bapak duduk ketika bersolat terawih, Bapak enggan menggunakannya! Ketika tawaf dan saie, Bapak tidak memerlukan kerusi roda kerana mahu menggunakan kudrat sendiri untuk menyempurnakan ibadat umrah.
Hakikatnya, Bapak mempunyai semangat yang cukup kuat dan kental dalam urusan ibadatnya.
Hasratnya untuk ke Makkah pada 7 September untuk berpuasa pada hujung Ramadan, berhari raya di Tanah Suci dan seterusnya menunaikan umrah serta berpuasa Syawal tidak kesampaian. Namun, saya yakin niatnya untuk ke Baitullah dan berpuasa sunat sudahpun diterima Allah. Insya-Allah.
Saya lihat Bapak paling gembira apabila saya menyatakan cadangan menunaikan umrah pada 7 September. Terpancar keriangan pada wajahnya kerana berpeluang untuk mengerjakan puasa Syawal. Tambahan pula, pada tahun lalu, Bapak tidak berpeluang ke Tanah Suci. Kali terakhir ke sana bersama-sama keluarga adalah pada Mei 2008.
Biarpun usianya sudah mencecah 78 tahun, Bapak tidak pernah saya lihat meninggalkan puasa sunat Syawal. Pada setiap tahun, Bapak akan mula berpuasa pada 2 Syawal walaupun turut mengikut saya menziarahi ahli keluarga terdekat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Begitu kuat semangatnya untuk tidak melengah-lengahkan puasa sunat Syawal.
Mampukah saya dan adik-adik mewarisi semangat yang dimilikinya?

Wednesday, July 14, 2010

Cuti-Cuti

Di Beijing, segala-galanya boleh dijadikan makanan
Serangga untuk dimakan...Eee...

Pemandangan di Beijing
Beijing, bandar konservatif
Ho Chi Minh, Vietnam
Pejabat Pos Besar di HCM
Aksesori di dalam Pejabat Pos Besar
Gereja Notre Dame di HCM
Sungai Mekong
Chu Chi Tunnel
emm...waktu makan...
Menyusuri Mekong Delta

Di Jeti Sungai Mekong
Mahu melancong ke Vietnam dan membeli-belah di sana? Jom sertai kami pada Oktober ini untuk berlibur di Ho Chi Minh. Pakej 4 hari 3 malam dan berharga RM1,700 dengan penerbangan Mas.
Banyak tempat yang boleh anda lawati selain membeli-belah di sana. Mekong River, Chu Chi Tunnel pasti meninggalkan kenangan manis untuk anda yang gemar mengembara dan mengetahui sejarah silam.
Bagi mereka yang berminat ke Beijing di China pula, kami juga menawarkan pakej 5 hari 4 malam ke negara yang menempatkan Tembok Besar dan Medan Tiananmen. Pakej Beijing Muslim Tour bernilai RM1,991 untuk 4 hari 3 malam manakala pakej 5 hari 4 malam pula berharga RM2,100. Penerbangan menerusi pesawat MAS. Tunggu apa lagi. Hubungi Irna Yakin Travel & Tours untuk keterangan lanjut - 03-41473699

Friday, June 11, 2010

Saksikan

Haji Roslan ditemuramah oleh wartawan BTV
Drs Haji Mahmod Abdullah ditemuramah

Salam
Minat melancong dan mengerjakan ibadat umrah? Ikuti perkembangan terkini Irna Yakin Travel & Tours di saluran 502 Astro menerusi berita utama BTV pada jam 8 mlm, 8.30 mlm & 9.00 mlm ini (11 Jun 2010).
Kenali dengan lebih dekat lagi agensi dan syarikat kami selepas menyaksikan laporan berita itu nanti. Usah ke mana-mana tau! Jika mahu melancong, menunaikan umrah dan mengetahui mengenai kad Kembara Irna, hubungi kami dengan segera pada talian 03-41473699.


Wednesday, May 26, 2010

Holy Land

Kaabah sentiasa menggamit bakal tetamu Allah
Dari paras 19, Hotel Al-Safwah Orchid

CL di samping rakan setugas
Rakaman oleh krew TV9

Bergambar kenangan bersama CL

Menuju ke Maulid Nabi

Di Bukit Pemanah, Uhud
Si cilik bergambar di ladang unta di Hudaibiah

Penggambaran di Jabal Thur

Di Jaaranah

Ustaz Hidayatullah (kiri) dan Ustaz Roslan (kanan) - orang kuat Irna Yakin Travel

Berhampiran King Abdul Aziz Gate

Penggambaran di dataran Masjidil Haram

Makan time - nasi mandy kambing, air tangan Ustaz Hidayatullah
Gembiranya mereka!
Tanda mata dari Bukit Uhud
Akar Siti Fatimah
Sekitar Uhud
Masjid Quba'

Di Quba'
1,2,3...action
Makan time lagi! Memang sedap nasi lemak n kari kambing...
Tanah Suci oh Tanah Suci!. Rindu terus membara biarpun baru bersua. Rakaman penggambaran Kembara Usrah dari 8 April hingga 20 April meninggalkan kenangan manis lagi abadi kepada setiap tetamu Allah.
Rakaman penggambaran oleh krew TV9 turut diadakan di beberapa tempat yang mungkin atau tidak pernah dijejaki oleh tetamu Allah tatkala menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Bukit Magnet, Maulid Nabi, Kudai, Perkampungan Bani Hashim dan tempat Bilal bin Rabah diseksa adalah antara lokasi penggambaran. Memang menarik dan sungguh mengujakan. Jika mahu mendapatkan gambaran jelas mengenai tempat2 berkenaan, jangan lupa tonton Usrah pada 13 Ogos, 20 Ogos, 27 Ogos dan 3 September 2010.
Rakaman penggambaran turut diadakan di Al-Safwah Royale Orchid yang mana krew merakamkan ucapan Aidilfitri dan pengalaman rakan blogger, CL atau Haji Azli yang bertugas di hotel berkenaan.