Saturday, December 06, 2008

Kisah semalam

6 Disember 2008.

Kisah semalam masih segar dalam ingatan. Mungkinkah berkekalan sehingga hujung nyawa jika diberi usia yang panjang? Semalam, 5 Disember, kami mengadakan program amal kasih di rumah warga tua sri tanjung, menziarah 27 warga emas di rumah berkenaan yang sememangnya rindukan kasih sayang, belaian dan kemanjaan. Lebih setengah hari di sana, sempatlah warga kerja Berita Publishing membelai warga tua. Sedih, lucu dan insaf, semuanya bermain dalam fikiran dan perasaan. Ada yang nampak gembira di situ dan tidak kurang juga yang nampak murung. Namun, ramai yang gembira dengan kehadiran kami sejak jam 12 tengah hari hingga jam 5.15 petang. Tidaklah banyak aktiviti yang dibuat untuk warga tua, sekadar menghiburkan mereka, melayan makan minum, memicit dan mengurut dan memeluk serta mencium mereka. Itulah yang diharapkan sebenarnya oleh mereka ini, yang nampaknya sukar melepaskan kami apabila hendak berlalu pergi. dalam pelukan dan ciuman memohon pulang, ramai yang mengucapkan terima kasih dan meminta kami datang semula. Ada yang masih kuat ingatan, mampu menguruskan diri dan tidak kurang juga yang terlantar sepi, tidak bercakap, sekadar menggerakkan bibir dan mengeluarkan suara yang tidak dimengerti.
Jutaan terima kasih kepada kak long atau Puan Azizah yang sudi memberi peluang kepada kami untuk mencurahkan sedikit kasih sayang kepada golongan itu. Kepada penyumbang dan penaja dan semua kakitangan BPSB yang menyalurkan bantuan, tidak kira sama ada tulang empat kerat, masa dan wang ringgit, terima kasih banyak-banyak.
Semoga kerja amal seperti ini diteruskan dan ditingkatkan tahun depan...

1 comment:

Anonymous said...

teringat semasa kerja amal di Seremban