Monday, December 01, 2008

Siapa Saya?

1 Disember 2008 - 1.30 tengah hari.

Diberi nama Raihanah - membawa maksud harum. Dilahirkan di Jalan Yasin, Singapura pada 6 Januari 1965. Ibuku - Maryam Ahmad Mohamed Ariff manakala bapaku - Abdullah Mubarak. Biarpun lahir di kota Singa namun saya adalah warganegara Malaysia sebab ketika dilahirkan, Tanah Melayu dan Singapura masih 'bercantum'.
Anak sulung daripada enam adik-beradik, iaitu diriku, Muhsin, Nasir, Shahril, Imran dan Najua. Semua sudah berkahwin kecuali Muhsin.
Saya berkahwin dengan wartawan Bernama Abdul Rahman dan dikurniakan tiga cahayamata. Anak sulung, Aliff Hazim, 15 tahun manakala kedua, Humaira Qistina, 13 dan Hajar Haida, 7.
Pernah bertugas di Unit Pusat Universiti (ketika menunggu keputusan STPM). Selepas itu bertugas dengan Fomca sebagai wartawan sambilan. Kemudian bekerja sebagai wartawan di Berita Harian dari November 1986 hingga Januari 2005. Pada Februari 2005, menyertai majalah Jelita sebagai Penolong Pengarang dan pada September 2007, sebagai Pengarang Jelita.
Sepanjang kerjaya sebagai wartawan, pernah menghasilkan tiga buku iaitu Gangguan Mental, Kesihatan Keluarga dan Sihat Demi Kesempurnaan Ibadat Haji.

No comments: