Thursday, April 01, 2010

Tetamu Allah

Perkarangan Masjid Nabawi yang tenteram dan mendamaikan

Redupnya pemandandangan ini

Bukit Uhud

Seronok melihat mereka ini

Di depan Muzium Dua Masjid Suci

Di dalam muzium

Di dalam muzium
Jabal Rahmah, tempat pertemuan Adam dan Hawa

Emmm...sedapnya!


Sepanjang Mac lalu, Irna Yakin Travel & Tours menguruskan pemergian kira-kira 300 jemaah umrah. Biarpun tiada musim cuti sekolah yang panjang, hanya satu minggu, tetapi ramai yang mahu menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Sekembalinya jemaah dari kota suci, ramai yang mengatakan Makkah cukup padat. Malah, ada jemaah yang mengatakan sama seperti bulan puasa. Wah, kalau begitu kata-kata jemaah, kita dapat gambarkan betapa ramainya umat Islam di Tanah Suci ketika ini. Ada yang menyangka jam 2 atau 3 pagi, sekitar Masjidil Haram agak lengang dan selesa untuk tawaf atau saie tetapi jangkaan mereka meleset kerana terus menerus dibanjiri jemaah. Gambar yang dipaparkan ini adalah rombongan jemaah umrah yang berlepas pada 11 Mac 2010.
Semoga mereka mendapat umrah mabrur.