Thursday, December 10, 2009

Sana Sini Paris

Pemandangan indah Menara Eiffel dari apartment di Avenue President Kennedy
Lihatlah deretan kereta ni, macam mana nak keluar agaknya! Mesti rumit pusing stering. Beginilah cara orang Paris 'park' kenderaan. Ini di kawasan Passy

Pemandangan dari puncak Menara Eiffel. Kubah kuning ialah Napoleon Dome
Kedamaian Sungai Seine yang diapit bangunan berusia ratusan tahun


La Chapalle, yang menempatkan banyak kedai-kedai peniaga berbangsa India

Suasana dan jualan di Barbes seumpama kedai di Arab Saudi

Pasar di Barbes yang menempatkan ramai peniaga berbangsa Arab


La Defense, turut menjadi tumpuan pelancong


Arc De Triomphe, satu lagi mercu tanda Paris

Muzium Louvre yang menyimpan potret Monalisa

Butik Fragonard di Louvre
Buah-buahan segar di pasar di Dupleix

Taman di antara Menara Eiffel dan Champ De Mars

Champ De Mars

Keindahan Menara Eiffel tatkala terbit matahari

Mercu tanda Paris, Menara Eiffel
Di Paris pun ada 'Statue of Liberty'

Keindahan kota Paris banyak diperkatakan. Terlalu ramai yang memuji keindahan dan keunikan kota cinta ini. Segala-galanya yang indah belaka dicerita dan digambarkan.
"Negaranya cantik." "Apa? Pergi Paris, oooh seronoknya!"
"Orangnya cantik, negaranya indah, kota seumpama muzium..." Itulah yang sering kita dengar mengenai Paris. Benarkah?
Disebabkan kota yang nampak romantik ini juga ada yang sanggup datang berkali-kali, tidak jemu untuk meleburkan wang demi memenuhi hasrat dan cita.

Friday, November 06, 2009

SMS & Menang



Anda mahu menunaikan umrah dan memenangi pakej melancong? Rugi jika katakan tidak atau tak nak! Dengan hanya SMS kepada:
Irna UT nama penuh kad pengenalan
& SMS ke 36553, anda mungkin bertuah untuk mendapat hadiah utama iaitu PAKEJ UMRAH. Hadiah kedua pula ialah pakej JAKARTA/BANDUNG 4 hari 3 malam untuk 2 orang manakala hadiah ketiga pakej bulan madu Langkawi Seaview 3 hari 2 malam untuk 4 orang.
10 hadiah saguhati menanti anda iaitu kad Kembara Irna.
Jadi, tunggu apa lagi? Jangan lepas peluang, mungkin anda pengirim SMS bertuah. Hantar seberapa banyak SMS sehingga 30 Jun 2010.

Sunday, October 18, 2009

Reunion SMPW

Bergaya sakan semuanya!
Semoga kita dapat bertemu selalu
Tengok apa tu?
Dua sahabat seronok berkaraoke
Tengoklah gelagat Intan, dah jadi mak orang tapi masih macam budak2
Bakat terendam perlu ditonjolkan
Ingat saya lagi tak? Dah panas ni...
Dari kanan, Baidura, Yati dan Leen
Intan Marina memeluk Cikgu Zabedah, (kanan), guru Matematik kami.

Gamat! Terharu! Gembira! Itulah yang boleh diungkapkan apabila bertemu kawan-kawan lama di bangku sekolah menengah. Bayangkanlah rakan-rakan yang pernah bertepuk tampar dan bergurau senda pada zaman 80-an bertemu semula. Pasti gamat!
Di mana tempatnya? Di Sekolah Puteri Wilayah. Terharu dapat bertemu guru-guru yang mendidik kami suatu ketika dahulu. Namun, terkilan sebab bukan semua guru dapat hadir pada majlis serba sederhana tetapi cukup meriah dengan gelak ketawa dan nostalgia lama.
Sukar juga mengecam rakan lama, maklumlah, sudah terputus hubungan sejak sebahagian besar daripada kami mendirikan rumah tangga. Ketika zaman sekolah, semuanya kurus2 belaka dan setelah beranak-pinak, faham-faham sajalah....
Kesukaran mengecam ditambah pula disebabkan bertudung. Dulu, semuanya free hair, rambut ikal mayang, mayang mengurai, China Doll, jambul di depan, remos dan apa sahaja fesyen rambut ketika itu, hatta sehingga rambut fesyen Lady D dan Olivia Newton John, semua jadi ikutan, tetapi sekarang, semuanya sudah kemas bertudung. Alhamdulillah.
Hampir 200 pelajar bertemu kembali dalam majlis reunion Aidilfitri SMPW. Terima kasih kepada adik-adik dan AJK yang berjaya menjejak kakak-kakak senior/veteran ni. Kami benar-benar gembira, bersyukur dan terharu kerana silaturahim dapat disambung kembali.
Diharapkan usaha seumpama ini dapat diteruskan lagi, usah tunggu Aidilfitri, sesekali bertemu dan bersembang apabila free.

Friday, October 02, 2009

Matta Fair 2009

Tiga jejaka idaman Malaya...
Tiga dara gumbira
Sempat meraikan birthday Zan yang ke-21 selepas berbuka puasa
Seronok walau serba sederna ketika berbuka puasa di booth Matta Fair
Buka puasa pada hari terakhir di Matta Fair
Shidah dan Zan cukup seronok!
Zahira sedang memberi penerangan kepada pengunjung
Datin Aminah memberi penerangan

Team hari pertama, Datin Aminah, Nana, Fadzil dan Shahril


Bertempat di PWTC, Hall 2, Dewan Tun Abdul Razak, Irna Yakin Travel & Tours mempromosikan pakej pelancongan dan umrah pada Matta Fair 2009 yang diadakan dari 4 September hingga 6 September 2009.
Pakej umrah hanya RM4,990 mendapat sambutan hangat! Pertanyaan tidak terhenti sepanjang pameran Matta tetapi kami dihujani panggilan telefon selepas pameran melabuhkan tirai! Alhamdulillah. Jika anda berminat dan belum mendaftar untuk menyertai pakej umrah RM4,990, jangan tunggu lagi, ayuh segera ke pejabat urusan Irna Yakin Travel & Tours atau layari laman web http://www.irna.com.my/.

Al-Rawshah

Dari kiri, Salleh, Dato' Masnawi dan Haji Shahril pulun sampai habis!
Mandy chicken tu kena tapaulah!
Dato' Masnawi (kanan) dan kawannya, Salleh menikmati mandy lamb
Asma, Nana dan saya
Ada yang menarik perhatian saya
Dah berat perut semuanya!
Pinggan mangkuk dan gelas senang nak cuci. semua licin

Anda penggemar masakan Arab? Sekarang ini, restoran Arab 'tumbuh bagai cendawan selepas musim hujan'. Boleh ditemui di mana-mana sahaja di sekitar Lembah Klang. Ada yang memang sedap, sederhana sedap dan kurang umph! Ada juga yang dulunya sedap tetapi sekarang sudah kurang sedap. Baru-Baru ini, kami berkunjung ke Al-Rawshah, restoran Arab yang terkenal dengan hidangan nasi Mandy. Lokasinya di Jalan Damai. Saya sering ke sana tetapi pada 30 September lalu, saya ke sana bersama-sama rakan setugas.

Salam Syawal

Dato' Zohir dan isteri
Dato' Masnawi bergambar kenangan dengan Dato' Siti Nor Bahyah dan cucunya

Dato' Siti Nor Bahyah, cucunya, Balqis dan peminat yang mencuri peluang bergambar dengannya
Dato' Siti Nor Bahyah diapit ibunya, Hajah Sofiah dan anaknya, Husna
Dato' Masnawi (berbaju merah) dan Ustaz Wan Akashah

(Dari kiri) Kak Ju, Datin Nani, Liza
Haji Azhar sekeluarga
Banyaknya makanan! Lapar sangat ke Nana dan Asma?

Belum terlambat bagi saya untuk mengucapkan Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca dan pengunjung blog ini. Terlalu lama tidak 'up date' blog ini kerana kesuntukan masa sepanjang Ramadan. Bersempena Ramadan lalu, Kumpulan Irna Yakin mengadakan majlis berbuka puasa sebelum Ramadan melabuhkan tirai. Tempatnya di Hotel De Palma, Ampang. Majlis dihadiri hampir 200 tetamu. Tuan rumah ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Irna Yakin, Dato' Masnawi dan Pengarah Urusan Kumpulan Irna Yakin, Dato' Mohd Zohir. Sebahagian besar datang bersama-sama keluarga masing-masing.