Thursday, November 27, 2008

Dunia Blog

27 November 2008

Salam buat semua.
Melihat orang lain berblog, saya pun teruja untuk mengikut jejak langkah mereka, apatah lagi adik-adik di ofis ni, ghairah berblog, kakak mereka pun 'cemburu' dan mahu mula berblog juga. Terima kasih kepada Siti Mariam Elias (penulis Jelita) kerana membantu saya melancarkan lagi urusan berblog ni. Akak ni 'buta teknologi'. Dalam kesibukan mengedit story, sempat jugalah menuntut ilmu dengan adik-adik di sini.
Hari ini, hati paling gembira kerana menyambut ulang tahun perkahwinan ke-16. Saya tidak mengharapkan hadiah hebat atau besar daripada tersayang tetapi cukup sekadar doa daripadanya untuk membolehkan saya menjadi isteri mithali dan sentiasa sabar...(saya jenis tidak sabar) asyik nak cepat saja...
Namun, tahun ini, saya dapat hadiah besar daripada adik nombor lima (Imran) yang berangkat menunaikan ibadat haji pada hari ini. Saya anggap pemergiannya ke Tanah Suci sebagai 'hadiah' paling besar untuk saya kerana bersyukur kerana mengerjakan haji pada usia muda. Biarpun dia jauh di perantauan, namun, saya doakan kesejahteraannya dan semoga dia mendapat haji mabrur. Kepada isterinya, Mai, dan anak-anaknya, Hadi, Amirah dan Nadia, saya mohon agar Allah sentiasa melindungi mereka sepeninggalan adik saya itu.
Hari ini juga baru dapat rush copy Jelita, punyalah lambat, tapi bukan salah team Jelita tau, yang salah Kum Printer, roller buat hal pulak, rosak...Biasanya, 23 atau 24 dah dapat, ini lambat sungguh, merajuk agaknya...sebab saya nak pergi dah. Namun, itu semua secara kebetulan je.
Oklah, saya nak sambung buat kerja ni. jumpa lagi nanti. tata titi tutu...

4 comments:

Unknown said...

Syabas... Sudah maju setapak nampaknya. Sedih, cover Disember will be the last I buat as u the editor.

Anonymous said...

Syabas Mr Shahab...:)
& Selamat Ulang Tahun Perkahwinan, semoga terus bahagia dunia akhirat :)

Berjaya jugak kemunculan blog Pn Ana ehh,
senang la nak comment mengoment ...

rynas said...

chayok..chayok...kak ana. Mari kita berblogging

Cik Elie said...

wah kak ana slmt ulangtahun. ...jom kita pakat2 berblog..