Monday, December 15, 2008

cuti-cuti malaysia

15 Disember 2008

Ofis sunyi dan lengang, sebabnya waktu makan tengah hari dan ada yang cuti. Sabtu dan Ahad, saya sekeluarga ke Sungai Petani, kali pertama jejakkan kaki ke situ tapi bukanlah kali pertama berkunjung ke negeri Jelapang Padi. Anak-anak seronoklah sebab dapat berjalan-jalan sebab cuti sekolah tahun ini belum ke mana-mana, umi ayah mereka sibuk bekerja. Jadi, walaupun hanya tidur satu malam di Cinta Sayang Resort, budak-budak tu tetap suka, iyelah, dapat tidur di hotel, makan di hotel dan ke Tanjung Dawai untuk makan ikan bakar.
Sebenarnya saya ke Sungai Petani sebagai memenuhi jemputan majlis pencarian model majalah I Remaja. Jadi, alang-alang pergi sendirian, lebih baik bawa keluarga, sebab penginapannya percuma. Rezeki jangan ditolak. Namun, untuk berlaku adil kepada semua pihak, sebab dah bawa keluarga, tidaklah saya berpeluang menyaksikan pencarian itu sehingga penghujung kerana perlu memenuhi kehendak keluarga, jalan-jalan cari makan di Tanjung Dawai. Sudah agak lewat ketika saya dan keluarga ke Tanjung Dawai, jam 9 lebih. Mulanya saya mahu batalkan saja niat hendak ke Tanjung Dawai apabila pemandu teksi mengatakan perjalanannya kira-kira 35 km. Saya katakan kepadanya di sekitar kawasan itu mesti ada medan ikan bakar tetapi suami pula bersungguh-sungguh untuk ke sana. Oklah, saya turutkan sahaja. Tidak sia-sia ke situ, walau jauh tetapi memang sedap dan murah. Ada banyak kedai di situ sampai rambang mata dibuatnya! Namun, kami memilih Anjung Muara. Humaira geli-geli hati ketawa bila melihat kerusinya yang besar, saya kata macam kerusi raja-raja. Merah kuning warnanya. Saya tidak pandang kerusi tapi mata liar mencari kucing. Bimbang kalau ada kucing di situ, memang ada tapi nasib baik jauh daripada tempat duduk kami.
Macam-macam budak-budak tu bedal, ketam masak cabai, sotong goreng tepung (hajar paling banyak makan) ikan siakap tiga rasa (favourite rahman) ikan pari bakar (kegemaran saya), udang masam manis (humaira suka), mi hailam dan mi goreng (azimlah habiskan). Semuanya licin. Memang puas hati. Saya terkenangkan Melaka sebab ketika bekerja di Melaka, setiap bulan saya ke medan ikan bakar. Terubat jugaklah kerinduan nak makan ikan bakar di Melaka tu.
Selepas itu pemandu teksi, Encik Azman bawa ronda-ronda sekejap, baru hantar kami pulang. Hampir jam 12 jugaklah tiba di resort. Susah pulak nak tidur sebab dah makan macam-macam.
Esoknya, sesudah Subuh, budak-budak tidur balik, tak ada cerita pun nak singgah ke karnival, semuanya bergulung sampailah jam 9.30 pagi, itu pun dikejutkan. Lupakan jugak makan nasi kandar dekat Village Mall yang nampak 'happening' tu. Akhirnya, jam 10.40 pagi, makan sandwic je di coffee house sebab breakfast pun dah habis. Nak tunggu lunch pulak sampai jam 12, dah nak berangkat pulang pun.
Jam 1.15 baru berangkat pulang. Lama menunggu di lobi sebab bas tak kunjung datang. Apa pun kami selamat sampai di pejabat jam 7.25 malam dan 20 minit kemudian tibalah di teratak pandan...

3 comments:

Maryam Elyas said...

Wah, sempat makan ikan bakar nampaknya Kak Ana sekeluarga. Saya tak sempat buat apa-apa pun. Swimming pun tak sempat. Sibuk membantu team I-Remaja je. Walau apa pun seronok dapat tolong-tolong diorang dan memantapkan kemahiran saya kalau tiba majlis Pencarian Gadis Jelita nanti. Heheheh

rynas said...

wah kak ana sempat ke tanjung dawai patutlah cari2 dah tak ada..

Unknown said...

Sedapnya makan ikan bakar... tak ajak pun... tapi kalau ajakpun bukannya bole ikut ekk... tengah kelam kelibut kat belakang pentas.