Thursday, December 11, 2008

Noktah terakhir

11 Disember 2008

Selesai sudah segala tugasku untuk Jelita keluaran Januari. Biarpun bukan bumper issue tetapi bahan yang perlu diisi umpama menguruskan bumper issue sebab iklan begitu terhad. Tidak sampai 50. Jadi, bahan yang perlu disemak, memang terlalu banyak! Bulan ini sahaja, team Jelita menghantar 95 bahan. Syabas dan tahniah kepada semua kakitanganku kerana tidak pernah mendengar keluhan mereka apabila dibebani kerja yang bertimbun (tak taulah kalau mengeluh belakang aku kan...hah...hah...hah).
Biarpun hanya 17 keluaran bersama mereka (dari September 2008 hingga Januari 2009), aku gembira dapat bekerja dengan anak-anak buah yang rajin dan aku pandang seperti adik-adikku di rumah. Mereka adalah racun dan penawar dalam hidupku juga...Pastinya aku akan merindui rajuk dan tawa mereka nanti.
Sewaktu menulis di dalam ruangan Tinta Pengarang, hatiku tersentuh kerana selepas ini, aku akan berhijrah dan meneruskan pengembaraan dalam dunia serba baru. Biarpun sayup hatiku meninggalkan kerjaya yang menjadi impianku sejak zaman persekolahan lagi, namun, pada masa yang sama hatiku teruja untuk menempuhi pengembaraan baru, mudah-mudahan perjalanan kerjayaku pada kali ini dapat mendidikku menjadi insan yang lebih sabar.
Bagi diriku, bidang penulisan boleh dipraktikkan di mana-mana sahaja, tidak semestinya menjadikan majalah atau akhbar sebagai medium untuk menulis. Hakikatnya, biarpun tidak lagi bergelar wartawan, diriku akan terus menulis, sama ada menerusi buku, blog dan buletin. Tunggu sahaja kemunculannya tahun hadapan. Insya-Allah.
Sebahagian usiaku dihabiskan dalam bidang kewartawanan kerana dalam meniti usia yang bakal menjangkau 44 tahun pada Januari ini, 22 tahun aku bergelar wartawan. Bermula dengan majalah bulanan terbitan Fomca (untuk beberapa bulan) dan melangkah ke dunia persuratkhabaran pada November 1986. Kini, apabila tarikh 31 Januari menutup tirai, aku tidak lagi bergelar wartawan...

Ahlan wa sahlan kepada dunia baru ku!

2 comments:

syazhillmy said...

salam,

all the best buat Kak Na dalam apa saja yang menanti di hadapan..
someone like you remains in hearts tenderly and endlessly :P

# to meet is to know and to left..

ennieva fauzi said...

kadangkala sesuatu yang baru menjanjikan kehidupan lebih menggembirakan. Macam roda juga tak selamanya di atas, dan bukan selalu di bawah. Saya doakan kak Ana bahagia dalam apa jua dilakukan. Tapi jangan lupa update blog ye...dapat juga tahu perkembangan terkini :)