Saturday, December 20, 2008

IJN

19 Disember 2008.

Institut Jantung Negara hendak diswastakan? Terkejut saya mendengar kenyataan itu. Secara peribadi, saya berasakan tidak wajar. Apa perlu diswastakan? Tidak perlu, biarlah IJN seperti sedia ada sekarang. Pasti ramai yang selesa dengan kemudahan, rawatan dan kecekapan kakitangannya. Saya tidak pernah menghuni tempat itulah tetapi pengalaman yang dilalui oleh ibu saya, sedikit sebanyak membuka mata saya mengenai kecekapan dan rawatan yang disediakan. Hampir 10 tahun ibu saya berulang alik ke IJN untuk menjalani rawatan susulan selepas disahkan berpenyakit tekanan darah tinggi dan paras kolesterol yang tinggi. Alhamdulillah, keprihatinan dan dedikasi yang ditunjukkan oleh pakar perubatan yang pernah merawat ibu saya, sekarang ini, dia sihat dan penyakitnya terkawal. Paras kolesterol berjaya diturunkan dan tekanan darah tinggi dapat dikawal. Malah, ubat-ubatan yang dibekalkan semuanya bagus-bagus. itu pandangan famili doktor kami.

2 comments:

rynas said...

saya pun sokong..biarlah IJN seperti sekarang..jika diswastakan apa yang ada..kos makin mneingkat. Kesian pada orang2 berpendapatan rendah dan sederhana mana lagi nak dapatkan rawatan. Sekarang ni IJN untuk semua golongan masyarakat. Janganlah nak kejar untung sangat sehingga mengabaikan kebajikan masyarakat. Harap2 hanyalah teori dan cakap-cakap di bibir saja.

Unknown said...

Hai...entah apa2 le kerajaan under Pak Lah ni... Yang bukan2 nak dibuatnya. Bukan nak menyenangkan rakyat, makin menghimpit rakyat nampaknya. najib do somthing please...... Biarlah IJN kekal untuk semua rakyat baik yang senang mahupun yang susah, seperti sekarang.