Sunday, December 28, 2008

Salam Hijrah

Salam Maal Hijrah kepada semua pembaca blog ini. Esok, kita akan menyambut tahun baru, 1 Muharam 1430 Hijrah. Semoga kedatangan tahun baru ini menceriakan lagi kehidupan kita semua. Bersempena kedatangan tahun baru, kita juga punya cita-cita dan impian serba baru. Apa impian anda? Pastinya, semua mahukan hijrah kali ini lebih baik daripada hijrah terdahulu. Sesiapapun pasti mahu yang terbaik dalam kehidupan dan mengimpikan hari yang dilalui semakin lengkap daripada hari sebelum dan terdahulu.
Apa persiapan anda menyambut 1 Muharam? Mungkin ada yang merancang untuk berpuasa sunat esok dan ada juga yang mahu meningkatkan ibadat bersempena kedatangan Muharam, bulan pertama dalam takwim Islam. Apapun impian anda, saya doakan agar anda menemui kebahagiaan.
Agak lama saya tidak update blog ini, maklumlah, kesuntukan masa, biarpun menghitung hari untuk berhijrah ke tempat lain, hari-hari yang saya lalui kini semakin padat. Berkemas hampir setiap hari dan dalam masa yang sama check bahan yang dibuat oleh penulis Jelita. Tidak ketinggalan menjadi pendengar setia kepada sesiapa sahaja yang mahu mendapatkan pandangan dan meluahkan perasaan.
Cuti-cuti umum pula terisi dengan temu janji denga rakan lama dan memenuhi undangan perkahwinan. Hari ini, saya sekeluarga ke seksyen 17, Shah Alam, meraikan perkahwinan saudara sepupu manakala esoknya pula, insya-Allah ke Dewan Merak Kayangan untuk meraikan perkahwinan anak bongsu kepada bekas Pengarang URTV, Bahyah Mahmood dan suaminya, Ahmad Idris. Semoga perkahwinan kedua-dua pengantin berkekalan hingga ke hujung nyawa.
Selamat menyambut Maal Hijrah...

3 comments:

Anonymous said...

Salam Maal Hijrah untuk Kak Ana, & sekeluarga :)

Lawati lah

http://lavender-jmkjunk8.blogspot.com/

Suhana said...

Kak Anah
HAPPY NEW YEAR!!!

Unknown said...

Ngape dah lama tak berblog??? Hilang gak rindu bila baca blog Kak Ana...