Tuesday, January 13, 2009

Kelengkapan umrah dan haji

Assalamualaikum. Harap pembaca blog ini sihat-sihat belaka. dan sentiasa dalam lindungan Maha Esa. Saban hari ada sahaja yang bermain dalam fikiran mengenai kembara agung ke Tanah Suci. Hari ini, saya dan rakan sepejabat, Ustaz Roslan, menerima kunjungan tetamu dari sebuah syarikat yang mahu bekerjasama dengan pihak kami untuk memasarkan produk barangannya, iaitu kelengkapan umrah dan haji. Memang teruja dibuatnya. Nampak-nampaknya, dipermudahkan apabila kita mahu melakukan perkara baik-baik ini. Baru cakap pasal beg, tiba-tiba Datin tu bangkitkan juga pasal beg dengan kami walhal mulanya kedatangan beliau hanya untuk mempromosi telekung sahaja. Macam-macam pula yang mahu dipromosikan . Alhamdulillah...
Ada juga kenalan di luar sana mahu memasarkan minyak urut. OK juga tu, sesuai dibawa ke Tanah Suci juga. Jika tidak digunakan di Tanah Suci, di tanah air sendiri pun boleh dijadikan penawar.
Jika anda juga berminat untuk bekerjasama dengan kami, sila hubungi saya.

2 comments:

Imran Paris said...

Hmm...Y.Bhg. Datin mana pulak tu yg sudi dtg bertamu....beruntungnya sapa yg bakal jd tetamu Allah.

raihanah said...

Imran:
Datin yang datang tu namanya Natasha, sempoi je orangnya tapi baik hati, siap cakap dengan ustaz roslan tu, kalau dia nak pergi haji, request aku untuk pergi sekali...terkedu jugak aku dibuatnya...kenalah belajar banyak ilmu haji dan umrah ni, kena pergi kelas muzakarah haji nampak-nampaknya...
datin ni hubby dia ada bussines sendiri. dia setiap tahun ke sana selepas pulang daripada haji pada 2004. dia bagi tau, kalau tempat lain hubby dia tak bagi pergi sendirian, tapi kalau makkah, orait je... dia cadang pergi april ni.