Tuesday, January 06, 2009

Tugas Baru

Hari ini aku memulakan tugas baru di tempat baru bersempena tahun baru dan usia baru.
Pendek kata banyak yang barulah hari ini. Berdebar-debar jugalah rasa di hati, maklumlah usia dah bertambah, kerja baru mestilah mencabar. Banyak yang perlu dipelajari dan ditimba di sini...Dunia yang berbeza, bak langit dan bumi. Jika dulu di bidang kewartawanan tetapi kini pelancongan. Namun, aku yakin, bidang baru yang juga tidak kurang banyak ranjau dan cabaran ini menjadikan aku lebih teruja setiap hari. Macam budak baru belajar, budak darjah satu, tentu banyak yang ingin diketahui.
Biarpun ofis baru aku nanti di Taman Melati, hari ini aku lapor diri untuk bertugas di Wisma Irna Yakin di Danau Kota. Irna Yakin Travel and Tours akan beroperasi di Taman Melati dan ia adalah satu daripada anak syarikat Irna Yakin.
Ketika ini aku belum sibuk lagi, jika di tempat lama, masa inilah aku tengah sibuk, maklumlah sudah awal bulan. Di sini, suasananya tenang dan tidaklah terikat dengan dateline. Namun, tidak semestinya, aku hanya boleh duduk goyang kaki kerana tugas seterusnya adalah melihat ofis baru di Taman Melati yang perlu disiapkan dalam tempoh dua bulan. Aku bercadang ke sana hari ini atau pagi esok.
Sekarang ini, aku sedang menunggu Haji Roslan yang baru pulang dari Makkah untuk berbincang mengenai syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan dan menjadi ahli Matta.
Biarpun b elum sibuk dan mungkin punya banyak waktu di sini, suamiku berpesan supaya banyakkan membaca dalam bidang berkaitan.

4 comments:

Anonymous said...

Selamat berjaya, psss kak ana nanti bleh ke ada diskaun kalo g umrah :)

Unknown said...

Wah! Berkobar-kobar nampaknya semangat. Bagus! bagus! Kita orang kat sini tengah tak cukup tanah kena tambah artikel. Iklan hanya ada 32 shj!!!

rynas said...

selamat bertugas di tempat baru. pasni bleh plan g umrah under kak analah InsyaAllah.

raihanah said...

untuk Aton..
insya-Allah ada diskauan tapi mestilah join Rakan Umrah dulu...
tunggu...

untuk azeda,
kesiannya, 32 je iklan, banyaklah lagi story kena buat, macam januari tak sampai 50, sebab tu u alls kena buat story lagi, last month je 95 stories...

untuk rynas,
terima kasih, kak ana memang suka kalau pergi ke sana dengan kawan-kawan, malah, sebahagian daripada doa kak ana suatu ketika dulu...sebab kita akan cherish every moment di sana...