Monday, January 05, 2009

Hari Sibuk Sedunia

Cuti panjang persekolahan sudah berakhir...Hari ini, murid dan pelajar memulakan sesi persekolahan setelah berehat panjang, sebulan setengah. Guru dan ibu bapa juga sibuk menguruskan persekolahan anak-anak. Ada sahaja yang perlu dijelaskan apabila sekolah bermula. Biarpun harga petrol sudah turun, tambang bas dan kereta sewa yang membawa anak-anak ke sekolah tetap maintain...tak ada pulak turun. Begitu juga harga barang-barang lain, termasuklah makan minum. Jika tahun lalu, duit poket anak RM2 tetapi sekarang, sudah naik RM3. Sebabnya, makanan di kantin pun mahal jugak. Takkan nak biarkan anak-anak kebuluran pulak atau puasa sepanjang tahun. Disuruh bawa bekalan, ada anak yang enggan, kononnya malu jika makan di depan kawan-kawan. Itu ego namanya. Hal ini berlaku pada anak bujang saya, sejak di sekoleh rendah lagi, dia tidak mahu bawa bekalan. Jika ditanya, kenapa tidak makan, dia kata nanti kawan-kawan nampak. Roti dua keping dibawa pulang begitu juga. Cuma air sahaja yang diminum. Disebabkan Azim tidak mahu makan bekalan yang diberi, ayahnya perlu beri wang saku. Pernah dia menahan lapar sehingga hampir pitam apabila pulang ke rumah. Hari ini, Azim yang seringkali dihantar ke sekolah oleh diriku, diambil oleh anak kenalan ibuku. Pergi balik bersama kakak itu. Lega sedikit rasanya.
Selepas menghantar Azim di guard house pada jam 6.45 pagi dan menunggunya sehingga naik kereta sewa itu, aku pun bergegas menyiapkan Hajar yang masih lagi bersedih kerana 'kehilangan' Humaira. Matanya bengkak disebabkan banyak menangis. Bangun tidur sahaja, menangis sekali lagi. Setelah dipujuk, dia bersiap untuk ke sekolah tetapi di dalam kereta, wajahnya muram terus. Tiba sahaja di sekolah, aku memimpin tangannya dan memujuknya masuk ke madrasah. Dia enggan dan air matanya mengalir. Aku panggil rakan Humaira, Farah Nabilah dan memintanya memujuk Hajar kerana Hajar menyuruh aku memanggilnya. Alhamdulillah, dia mahu mengikut Farah Nabilah masuk ke madrasah.
Selesai menguruskan anak dan bersarapan, aku pulang menguruskan kain baju pula yang tidak dicuci semalam kerana sibuk menguruskan Humaira. Setelah itu, ke bank untuk menguruskan segala hutang piutang, telefon, elektrik, loan rumah....aduh banyaknya...ada masa, aku bereskan semuanya sebelum pulang ke rumah.
Hari ini, banyak panggilan dan sms yang aku terima, sama ada daripada kawan-kawan ataupun
contact sepanjang di Jelita. Ada yang belum tahu mengenai perletakan jawatanku. Aku pun berterus terang dan berharap hubungan yang terjalin terus berkekalan...

3 comments:

Unknown said...

Huiyo! sibuknya orang tu....

Unknown said...

Kesihannya Hajar. Yalah, tak pernah berpisah katakan... Itu mesti makan masa jugak nak okay balik moodnya tu... Kena le Kak Ana dan En. Rahman bersabar banyak melayan kesayuannya itu.

Imran Paris said...

Bawa bekal ke sekolah...pelik aku rasa kita kat Msia, kita rasa segan, malu dll nak bw bekal ke sekolah. Di Paris...pulak berbeza, anak2 yg bersekolah di International School (lagi) di minta membawa bekal ke sekolah. Ironik....tidak sebenarnya, cuba fikir2kan bersama