Wednesday, January 07, 2009

Reaksi Hazim

"Umi tak kerja ke hari ini?" tanya Hazim apabila melihat uminya tiba di rumah jam 5.15 petang semalam. Dia nampaknya terkejut melihat uminya yang sering pulang lewat, selalunya selepas Maghrib atau menghampiri waktu Maghrib selama bertahun-tahun terpacaka di muka pintu.
Spontan saya menjawab, umi kerja, tapi sekarang umi balik cepat...dia memandang kehairanan. Dalam hatiku berkata-kata, tidak seronokkah dia uminya pulang awal atau terasa kelainan kerana melihat uminya tiba awal daripada kebiasaan. Penghijrahan kali ini nampaknya merubah jadual harian saya. Jika dulu, jangan harap boleh minum petang pada hari bekerja bersama ibu bapa tetapi semalam, saya merebut peluang ini. Boleh bercerita dengan mereka. Hajar pula usah dikira kegembiraannya melihat uminya pulang sebelum matahari terbenam.
Malah, semalam juga, sempat berjumpa Aton dan minum di Kluang Station...Segala-galanya boleh jika ada masa dan ruang...
Di tempat ini memang ada ketenangan, tatkala kaki melangkah masuk, terasa hati begitu tenteram. Entah kenapa? Mungkin masih baru tetapi menurut akauntan di sini, Siti Zubaidah, tempat ini menjanjikan ketenangan, sudah setahun dia di sini, bukan tiada tugas yang menanti, pasti ada tetapi hakikatnya, tekanan begitu minimum.
Harap keadaan ini berterusan...

3 comments:

rynas said...

wahhh kak ana bestnyer. kak ana berubah drp sesuatu yg baik drp selalu balik lambat kepada balik awal. sonok anak-anak bila umi ada masa panjang layan mereka.
pas nie kak ana jgnlah lupa plak minum2 ngan kita org kat opis.

raihanah said...

Insya-Allah tak lupa kawan-kawan di sana, dah macam adik-beradik.

ennieva fauzi said...

saya suka lihat rakan2 bahagia especially kak ana yang baik budi. Memang ditakdirkan rezeki kak Ana di situ, sesuai dengan karektor kak Ana yang penyayang dan mengambil berat.