Friday, January 16, 2009

Sinusitis

Pagi ni, jam 8.30 pagi, saya sudah terpacak di Hospital Ampang Puteri. Bukan mengajak orang atau menemankan sesiapa tetapi diriku sendiri. Sudah hampir tiga minggu, hidung ni asyik tersumbat, bukanlah tersumbat 24 jam tetapi ada time. Kadangkala OK, kadang-kadang sengau dibuatnya! Malu juga seharian semalam meeting, sengau je bunyinya, rasa tak selesa, orang ingatkan selesema tetapi tidak juga. Tersumbat. Akhirnya, pagi ini, terus sahaja ke Ampang Puteri, mujur tidak ramai orang dan Dr Aminuddin Saim pun ada. Dah lama tidak jumpa dia, nampak susut sikit. Kecoh jugalah sebab lama tidak berjumpa, macam-macamlah soalan dan jawapan yang timbul.
Hasil pemeriksaan, ada sedikit nanah di sebelah kanan hidungku. Mujur tidak serius lagi, sekadar perlu ambil antibiotik dan nasal spray. Dr amin kata, ada sinus dan bertanya apakah saya pening dan tidak selesa sebelah pagi. Alhamdulillah, tidaklah rasa pening atau malas nak bangun ke ofis setiap pagi. Mungkin sebab itu juga saya lewat mendapatkan rawatan. Setelah hampir tiga minggu, barulah hendak ke hospital. Jadi, jangan jadi seperti saya, jika hidung tersumbat, jangan dibiarkan lama-lama, bimbang memudaratkan kesihatan dan deria bau anda.
Setelah itu ke JKR Kuala Lumpur untuk bertemu Ustazah siti nor bahyah yang berceramah di surau JKR pada minggu ketiga setiap bulan, di antara jam 1 tengah hari hingga dua petang. Ayuh memeriahkan lagi majlis ilmu ini. Minggu hadapan, di tempat dan waktu yang sama, giliran Datuk Dr Fatmah El-Zahraa pula. Jangan lepaskan peluang mendalami ilmu agama. Ramai juga jemaah wanita yang hadir pada majlis ceramah itu.
Ustazah semakin anggun dan hadir bersama ibunya, Sopiah. Biarpun sudah berusia 63 tahun, namun daripada raut wajahnya, saya lihat makcik Sopiah mesti cantik ketika zaman mudanya.
Sesudah menghadiri ceramah itu dan berbincang serba sedikit dengan ustazah, saya pun pulang ke pejabat meneruskan kerja.

2 comments:

Anonymous said...

Kak Ana, kes aton ni sinus ker?
sbb selsema lmbat sngat nak baik, dulu lps amik homeopaty ok sket, ni dtg balik, pg2 n mlm sanagt kretikal, dgr Dok yg kak ana pergi charge dia mcm mana?... rasa x selesa sgt bila duduk dlm aircond :(

raihanah said...

doc tu tak charge kak ana, cuma bayar ubat je, RM81.
mungkin kalau awak dia charge sikit kot, tapi tak taulah kalau bawa kak ana, mungkin dia bagi free.
lagi sekali kak ana pi 30 januari, nak ikut tak, jumaat pagi.