Tuesday, July 07, 2009

Jemaah Cikgu Zainal Bujang

Berhampiran masjid terapung, Jeddah
Di muzium di Makkah

Di lapangan terbang di Jeddah


Cikgu Zainal bersama mutawif



Di kilang Quran




Aduh, panasnya! Di Bukit Magnet, Madinah





Jemaah di kawasan Bukit Magnet






Di depan Hotel Safoa Taamiz, Makkah







Jemaah bergambar kenangan di depan muzium








Cikgu Zainal dan isteri di muzium di Makkah


Cikgu Zainal Bujang mungkin pernah anda lihat di kaca televisyen menerusi rancangan Iktibar dari Tanah Suci. Dia rancak bercerita mengenai anaknya yang hilang di Masjid Nabawi pada suatu ketika dahulu. Cikgu Zainal juga bukan asing lagi bagi mereka yang rajin membelek himpunan buku mengenai kisah di Tanah Suci kerana sudah menghasilkan 13 buku berkisar mengenai pengajaran di Makkah dan Madinah.
Pada 25 Mei 2009, Cikgu Zainal mengetuai rombongan jemaah umrah Irna Yakin Travel & Tours seramai 26 orang. Pada 10 Julai pula, insya-Allah, Jumaat ini, Cikgu Zainal sekali lagi akan mengetuai jemaah umrah Irna Yakin seramai 30 orang. Mudah-mudahan perjalanan beliau serta semua jemaah umrah berjalan lancar seperti direncanakan.
Insya-Allah di Makkah nanti, Cikgu Zainal akan turut memimpin enam lagi jemaah yang dijadualkan berangkat esok (8 Julai).
Mudah-mudahan mereka mendapat umrah yang mabrur.

10 comments:

Imran Paris said...

Cikgu Zainal Bujang....mmm, saya ni daif sikit, boleh Puan Hajah story2 sikit. Puan Hajah...apa jd dgn anak beliau yg hilang di Masjidil Nabawi...suspen pulak nak tau kisah sebenarnya

raihanah said...

anaknya selamat. alhamdulillah, dah berusia 24 tahun. masa hilang tu baru darjah 3, sembilan tahun je. kalau nak tau lanjut, baca buku iktibar tanah suci jilid 2 yang boleh dipesan melalui www.motivasihaji.com
selamat membaca!

Imran Paris said...

insyaAllah, balik nanti saya beli je buku tu, nak pesan pun takut byrn pos melambung mahal dr harga buku. Terima kasih Puan Hajah atas penerangan tu

khairyn said...

Salam Kak Raihana,

huhuhu.. Harny ni.. entah ingat lagi ke tak? Dulu kat Malay Mail hehehehe satu batch ngan Imran la kan tapi dia tak aci dia sudah lari dulu dari NST :D
Sekarang saya di Glasgow, baru jer habis degree dan nak sambung buat honours. XD

Rashidah Ibrahim said...

Tengok gambar-gambar tu bestnya, terkenang kunjungan Umrah 10 tahun dulu, ketika itu bermohon agar dapat pergi lagi... insya-Allah kalau dpt keluar duit kwsp, nantilah setahun dua lagi. atau pergi haji terus...

raihanah said...

salam khairyn, terima kasih kerana masih ingat kak ana. kita ingat awak lagi lah, jangan bimbang. bestnya awak di glasgow. emellah kat imran. dia di paris tu. dah dekat pun. dia rajin gak pi london. awak macam mana? ada perubahan dalam kehidupan seharian ke?...harap faham-fahamlah..

raihanah said...

alhamdulillah, awak berniat nak pi haji dah, mudah-mudahkan dikabulkan niat suci tu.

Imran Paris said...

Puan Hajah, for your info, Harny akan bertamu di Paris di teratak saya dari 14 - 17 Julai nanti. Kalau Puan Hajah nak join pun boleh saja.

Puan Hajah pohon menumpang lalu.....Harny, mmg sy ada nak pesan brg2, insyaAllah mlm nanti saya email to ur fb k.

khairyn said...

salam kak ana
hehehe alhamdulillah rasanya di sinilah saya banyak belajar dan berubah insyaAllah untuk yang lebih baik. Alhamdulillah syukur. Allah beri yang terbaik untuk saya :)

mohon laluan

Ayoh Encik Imran
Segeralah mengemel sebab nak menyopping itu bukanlah satu perkara yang sangat mudah bagiku yang tak biasa bershopping. Tak larat hendak bertolak-tolakan dengan warga Glasgow yg ramai ittew. :p

raihanah said...

Harny, maksud kak ana, dah kawin ke belum? memang awak budak baik gitu..
wah bestlah dapat jumpa imran nanti, kak ana pun belum berkesempatan ke sana.