Monday, July 13, 2009

Al-Saffir Al-Saha

Al-Saffir Al-Saha, hotel lima bintang di Madinah Munawwarah
Lobi Hotel Al-Saffir Al-Saha

Hotel Al-Saffir Al-Saha. Lihatlah hidangannya.

Kegemaran saya, buah zaitun jeruk

Emmmm, sedapnya....

Keju kegemaran Hajar
Telur Hancur atau scrambled egg

Nasi Arab sudah pasti
Nuget Ayam ketika bersarapan

6 comments:

rosli said...

Salam,

Saya dah masuk blog Raihanah 4 kali dan ini kali pertama saya bagi komen, sejak pulang dari umrah pertama saya last year, apa saja cerita mengenai Madinah dan Makkah memang menarik minat saya. Saya pun mcm ramai rakan kita dalam blog Azli, sentiasa rindu pada Makkah dan Madinah. Rindu dan tarikan hati hanya kita dan Allah mengetahuinya.

Saya nak ambik kesempatan ini nak bertanya, setiap syarikat yang tawarkan pakej umrah mesti ada kelainan.

Boleh Raihanah berkongsi dengan saya dah rakan2 blog lain keistimewaan pakej syarikat ini,sekadar nak tahu, tetapi saya faham sbb kalau kita nak kerjakan umrah atau haji, yg pntg ada hotel yg dekat Masjid Nabawi atau Masjidil Haram. Yang pntg pakej boleh ikut kemampuan saya.
Saya sentiasa berharao dan berdoa agar Raihanah dapat update dengan lebih banyak lagi gambar samada Madinah dan Makkah atau negara2 Arab yang lain. InsyaAllah

raihanah said...

Terima kasih Rosli sebab beri komen dan layari blog saya. apa istimewa Irna Yakin? sebelum bekerja di irna, saya kerap berkunjung ke Makkah dengan beberapa travel agensi dan lazimnya, kita tidak ditemani petugas dari tanah air, kecuali dalam grup yang besar. Namun di Irna Yakin, petugas kami akan menemani anda. di tanah suci, kita buat tazkirah. bukan mutawif yang bagi tapi petugas/ketua rombongan. Oleh kerana penasihat khas irna yakin travel adalah dato siti nor bahyah dan ustaz wan akashah, mereka juga sering beri tazkirah pada jemaah sebelum berangkat ke tanah suci. selalunya kita kumpulkan jemaah dan adakan tazkirah. gambar-gambar jemaah yang pi makkah bukan sahaja saya muatkan dalam blog ni tapi irna yakin travel keluarkan buletin bulanan yang dikenali sebagai Rakan Irna. Buletin ini kita beri pada setiap jemaah dan gambar-gambar mereka akan dimuatkan di dalamnya. Mungkin satu hari nanti, bila encik Rosli pi dengan kami, bolehlah muatkan gambar Encik Rosli juga nanti. Untuk pengetahuan Encik Rosli, Irna Yakin Travel juga ada keluar dalam tv9, nasi lemak kopi-0, krew rakamkan perjalanan kami dan siarkan dalam tv, dah empat kali keluar. insya-Allah akan keluar lagi nanti. jemaah memang happy sangatlah sebab gambar mereka keluar dalam tv. insya-Allah, cadangan encik Rosli akan ditimbangkan dan dilaksanakan. tks.

rosli said...

Salam Hjh Raihanah,

Terima kasih atas penjelasan yang begitu detail, jika ada keizinan saya akan saksikan dalam TV 9, tersebut, just to share, buat masa ini saya dah daftar dengan TH dan masih belum memikirkan lagi samada ikut muasasah atau pakej, byk pakej yang saya dah tengok dlm website. InsyaAllah saya akan masukkan Irna Yakin dalam perancangan saya dan isteri untuk mengerjakan Haji. Kalau ikut giliran TH saya dapat tahun 2024 dan mereka boleh kurangkan 6 tahun maknanya tahun 2018, niat dan doa saya tahun 2012 untuk buat haji.

Satu lagi pakej Irna yang menarik perhatian saya adalah kad keahlian dan simpanan untuk buat umrah, yang ni perancangan saya buat umrah bersama keluarga saya (5 orang). Saya harap satu hari nanti saya dapat ke pejabat Irna untuk mendapatkan detail dan kesemua pakej tersebut.

Hjh sekali lagi terima kasih dengan penerangan dan juga posting gambar2 Kaabah. Rindu, sayu dan mcm2 lagi perasaan bila tengok Kaabah.

raihanah said...

Terima kasih...
Jika kesempatan, luangkanlah masa ke pejabar kami di Taman Melati Utama. follower Manzlie, Imran paris cadang nak pergi ofis Irna bulan depan, insya-allah, sebab nak sign up jadi member ahli Kembara Irna. Perancangan umrah tu memang ramai yang tertarik. sekarang ni insya-Allah kita akan tie up dengan CIMB pulak, jadi mereka yang simpan RM200 setiap bulan, akan berpeluang jejakkan kaki ke Tanah Suci dalam tempoh tiga tahun. Baru habis bincang tadi. Mudah-mudahan hasrat untuk menarik perhatian umat Islam, khususnya golongan sederhana ke Tanah Suci terlaksana sepenuhnya. Doakan...terima kasih. wassalam

Imran Paris said...

Puan Hajah,

Bagus betul pemerhatian En Rosli, saya tak pernah pulak terpikir mcm tu, mungkin saya ni mmg bukan jenis bisnes minded...iyelah org gomen je :)

Lg 1, mungkin sy tak berpikiran mcm tu, sbb pengalaman berumrah pun baru sekali, haji pun sekali, jd tak pandai teringat sgt nak tgk competitive edge agensi2. Cuma 1 pemerhatian saya sepanjang saya di Tanah Suci, wp hotel tak mewah, makan pun biasa2 je...saya tetap rasa istimewa, never felt so complete. Alhamdulillah, berkat menjadi tetamu Allah.

raihanah said...

Salam Haji Imran

eloknya di tanah suci ni, kita redha je, banyakkan sabar. namanya pun tetamukan. berdoa je dapat yang terbaik-baik,yang penting di sana,ibadat..
tks