Tuesday, July 14, 2009

Ya Makkah Ya Makkah...

Baitullah sentiasa dekat di hati
Ramai yang tawaf walaupun cuaca panas
Kaabah yang sentiasa indah
Tazkirah di perkarangan Masjidil Haram
Pesat dengan kerja-kerja pembangunan
Jemaah umrah pulang solat dari Masjidil Haram
Pemandangan dari Hotel Safwah Tower di Makkah

19 comments:

rynas said...

seronok tgk gambar2 kat mekah ni. saya sentiasa doakan moga2 dapatler ke sana sementara umur muda ni.

raihanah said...

tengok di tanah suci lagi seronok.
mudah-mudahan awak dapat ke sana nanti

rosli said...

Salam Hjh Raihanah & Rynas,

Saya setuju dengan ungkapan Hjh, saya suka nak share apa yg saya rasa dan apa yang saya alami, dari tahun 1986 ( dah 23 tahun berlalu)saya selalu hantar orang gi haji termasuk arwah mak saya, masa tu saya selalu fikir, boleh ke aku gi haji or umrah....masa tu umur baru 23 tahun.

Tahun 2004 isteri saya buat umrah dengan semua kakak2 dia, saya terpaksa tinggal sebab mereka nak pergi dengan semua orang pompuan sahaja.

Tahun 2005 hingga 2006 saya byk lalui peristiwa yang begitu mencabar disebabkan kesalahan saya dan banyak sangat insiden yang saya tak dapat nak kongsi...

Tahun 2005 hingga 2007 sorang rakan saya Dr Ridzwan Bakar ( penulis buku Haji Muda)selalu ajak saya buat umrah, saya mengelak dan cari berbagai alasan, bulan Nov tahun 2007 saya dapat hadiah buku dari kawan baik saya bertajuk Tavelog Haji Mengubah Sempadan Iman oleh Prof Dr Kamil Ibrahim, seronok baca buku tu... sendiri pada tahun 2004.

Awal tahun 2008 hati saya begitu gelisah dan sentiasa teringat nak buat umrah, akhirnya 30 April 2008 saya terus daftar umrah dengan salah satu travel agensi di KL, saya buat umrah dari 27 Julai hingga 6 Ogos 2008. Saya sambut harijadi saya yag ke 45 di Depan Kaabah pada jam 3.45 pagi , 2 ogos 2008 ( saat ini saya tak akan lupa sampai akhir hayat saya). Selalu rakan2 bagitau , you bertuah sebab dapat jemputan dari Allah buat umrah dan satu hari nanti akan menyusul jemputan buat Haji pulak. Saya bersyukur sangat...hidayah datang agak lewat tetapi belum terlambat...

Bila pulang dari umrah , saya selalu tanya diri saya, dari mana rezeki ini dan apa doa-doa saya sebelum ini. Terlalu banyak kenangan, rasa rindu pada Madinah dan Mekah ( dulu saya tak faham dan tak rasa semua itu). Mesej dan nasihat saya pada rynas doa dan usaha sungguh dan simpan dalam hati satu hari nanti you akan buat Haji dam Umrah.

Perasaan rindu pada Kaabah dan Raudah, hanya orang yang dah buat haji or umrah yang tahu apa yang mereka rasa...dulu saya pernah gelakkan kawan2 yang selalu cakap yg mereka rindu pada Mekah dan Madinah.....skrg ni padan muka saya !( Ini padan muka yang baik dan saya akan rasa jeles (jeles yang baik)kalau dapat tau jika ada kawan atau sedara yang gi umrah or haji. Barulah saya faham apa itu rindu dan sebak di hati bila terkenang saat buat umrah....apatah lagi bagi mereka yang buat haji sbb mereka ada di Mekah antara 10 hingga 25 hari dan bersolat dekat dengan Kaabah, saya percaya Hjh Raihanah lagi byk pengalaman umrah dan haji.

Giliran buat haji saya tahun 2024, saya percaya dengan doa dan solat hajat saya yakin Allah akan bagi jemputan Haji lebih awal dari tahun 2024. Redha, doa, solat hajat, solat taubat dan byk lagi yang saya sedari masa buat umrah.

Blog Prof Dr Kamil, Dr Ridzwan, Blog Manzlie, Blog Hjh Raihanah dan byk lagi blog boleh membantu rynas percepatkan doa dan hajat nak buat umrah dan haji. Saya suka semua blog tersebut. Mereka ini semua insan yang hebat dan semua ilmu yang mereka kongsi bersama sentiasa mendapat keredhaan Allah s.w.t

Sekadar berkongsi pengalaman dan tidak berniat riak atau menunjuk-nunjuk. Kami semua sentiasa mendoakan rakan2 blog terutama yang muda2 agar mendapat hidayah dan segera ke Tanah Suci samada buat haji atau umrah. Amin.

rynas said...

en rosli terharu sungguh baca ulasan tuh. terima kasih sangat. sekarang baru saya sedar kadang2 ada orang yang tak cukup duit tapi bila Allah dah izinkan dan bagi seruan insyaallah dia dapat ke sana. Insyaallah semangat dan keinginan sentiasa ada untuk ke sana.

raihanah said...

sayu rasa hati dengan ulasan encik rosli.Alhamdulillah sambut hidayah Allah. lambat atau cepat bukan soal utama, yang penting, ada perubahan dalam kehidupan.better late than never...

saya pun seronok baca travelog haji, ada jumpa prof kamil dan ridzwan bakar tahun lalu, masa majlis pelancaran buku haji muda di bangunan TM di bangsar.

terima kasih. wassalam.

rosli said...

Salam Hjh,

Masa pelancaran buku tersebut saya pun ada kat dewan tu, saya pun kerja dgn TM, kebetulan saya berjumpa dgn Dr Hj Ridzwan pagi semalam, saya tak boleh lupa jasa kawan2 yang galakkan kita buat haji dan umrah ni. Allah memilih mereka ini untuk tarbiah dan memberi nasihat kepada orang mcm saya dan ramai lagi rakan sepejabat kerjakan umrah dan haji.

Satu lagi perkara mudah untuk buat pahala, adalah mengajak orang buat kebaikan, kekadang saya ketawa sendiri, selepas pulang dari umrah dan bila ingat beberapa insiden yg menarik berlaku semasa di Masjid Nabawi,,,,,org ajak berbuka puasa tarik tangan, bagi roti cubit kecik2, calit tangan kita dengan minyak atar, bagi kurma, bagi tasbih kecik,tuangkan air zam-zam dan yg paling best org hulur kertas tisu masa sedang buat tawaf sunat kat depan Kaabah....mudah sgt nak buat pahala, cuma kekadang kita terlupa perkara sebegini bila pulang ke Msia.....Syukur sangat kepada Allah s.w.t...

Pada rynas, kalau ada masa cari dan beli kedua-dua buku terlaris dan hebat tersebut.

raihanah said...

Salam
Oh ye ke, ada masa majlis pelancaran buku Haji Muda tu. masa itu saya masih bekerja dengan Majalah Jelita, pengurusan PTS jemput saya dan secara kebetulan saya pun ada menulis dengan PTS.

betul cakap encik rosli, di makkah orang berlumba-lumba cari pahala walaupun sedekah yang kecil-kecil je, kita tak nampak semua tu kecuali diperhalusi.
terima kasih

Imran Paris said...

Puan Hajah, Rynas & Rosli,

Hari ini hari Jumaat, spt yg saya catatkan dlm Blog Manzlie, hari Jumaat tidak akan saya lupakan kerana pada hari Jumaatlah titik bermulanya pengalaman haji saya pada Nov 2008.

Tiba hari yang sama (Jumaat) hari ni, saya baca pulak kisah2 En Rosli, mmg betul apa yang dikata...terlalu byk pengalaman yg tak akan dilupakan sepanjang kita ditanah suci. En Rosli, kalau berumrah selama 2 minggu pun boleh memberi impak yg mengesankan, tuan bygkan kalau kita di sana selama hampir 40 hari...subhanaAllah, pengalaman cukup menakjubkan.

Rindu....mmg rindu, kalau ikutkan hati ingin saja sy tinggalkan segalanya di Paris ni dan berumrah Ramadhan nanti, tp sy yakin ketetapan Allah maha hebat. InsyaAllah kita akan dijemputnya pada masa dan waktu yg lebih sempurna di masa yang lain.

Mlm smlm (Khamis mlm Jumaat) saya bersembang panjang mengenai pengalaman umrah dan Haji dgn saudari Khairyn (pengunjung blog Hajah, MKI dan Manzlie)...dan menggalakkan beliau utk ke Tanah Suci sesegera mungkin semasa masih sihat badan sebaiknya. Kisah2 haji dan umrah yg saya lalui cukup hebat, rasanya tak terluah di ruang mana sekali pun. Segala2nya dr perihal sedekah, pengorbanan, permohonan doa2, kerinduan pd anak2, ibadah, taubat, Ummul Kitab...dan mcm2 lg...tak tergapai oleh memori sendiri.

En Rosli & Rynas...kalau ada peluang pergilah, yakinlah duit hanyalah pemudahcara...yg penting tekad dan semangat. Bulatkan hati utk tinggalkan dunia demi mencari kehidupan yg lebih bererti. InsyaAllah dipermudahkanNya.

p.s. Saya ada kawan baik, bertugas sbg guru je, percaya tak dlm masa 18 bulan beliau berjaya mengumpul dkt2 RM40,000 dan membawa isteri dan kedua org tua beliau menunaikan haji. Itu berkat doa beliau semasa mengerjakan umrah 18 lebih awal dr musim haji...caya tak caya...mmg itu ketentuanNya

rosli said...

Salam Raihanah dan Imran,

Saya nak ucap terima kasih kepada Imran kerana sudi berkongsi cerita pada haji dan umrah ini. Sabtu pagi baru-baru ini saya tgk program Iktibar dr Tanah Suci , kisah Hj Daud, Tg Karang ( saya dah baca kisah Hj Daud dalam buku MKI Nov 2007). Saya sebak dan menangis pagi itu, wife saya pun heran. Hati saya mudah sayu, sediha dn sebak bila kita bercerita pasal Madinah dan Makkah ni.

Pasal hidayah dan rezki ni, kalau kita perhalusi mmg ia akan menyentuh hati kita. Saya bersyukur sangat dan saya sentiasa berdoa agar mendapat jemputan Haji dari Allah lebih awal dari tahun 2024, saya sangat yakin Allah akan bagi tarikh yang terbaik untuk saya.

Saya pun dah bagitau plan saya dengan wife, jika dalam waktu terdekat dalam masa 2 atau tiga tahun ini hati saya tak boleh nak tahan2 lagi saya akan usahakan dengan pakej TH atau swasta. Duit simpanan pun dah cukup, target saya tahun 2012 atau 2013.

Bila baca kisah rakan2 dalam blog Azli dan blog ramai rakan2 lain termasuk citer Imran, saya lebih yakin dan bersungguh2 berdoa dan solat hajat. Pagi tadi sorang kawan saya pun citer pasal buat haji tahun ini, dia pun dah tak boleh tahan lagi....ikut giliran lama lagi...dia ikut pakej swasta...

Amin.

raihanah said...

Salam Haji Imran
memang betul duit pemudahcara tetapi jika niat sudah ada, segala-galanya dipermudahkan...
tks.

raihanah said...

Salam rosli

nak pi haji ni boleh disegerakan jugak, insya-Allah. doa mesti banyak. ikut pengalaman sayalah, sepatutnya saya ni pi haji pada tahun lalu. saya daftar pada awal 1999, nak pi muasasah je. tak mampu nak pi pakej swasta. jadi, saya kumpulkan duit dan penuhkan, tulis surat pada lembaga tabung haji memohon rayuan. alhamdulillah, saya dapat pi haji pada tahun 2000 dan bukan 2008. itu kuasa dan ketentuan Allah sebenarnya. mungkin Allah lihat kesungguhan hamba-Nya yang kerdil ini. masa tu saya berdoa dan terus berdoa, bukan atas sejadah saja, dia mana-mana sahaja, hatta, memandu kereta dan menghadap makanan. dalam hati saya berkata, saya tidak mahu apa-apa (ketika itu) kecuali Allah sampaikan hajat saya untuk tunai haji. Alhamdulillah, Allah makbulkan...
Yakinlah, setiap yang kita minta dengan penuh kesungguhan dan jika ia adalah terbaik untuk kita, mesti Allah kabulkan.
saya harap encik rosli tingktkan lagi kesungguhan dan usaha untuk menunaikan haji.

rynas said...

Ya Allah sungguh terharu, sedih dan sayu rasanya baca pengalaman kak ana, en rosli dan En Imran. InsyaAllah saya akan terus berdoa dan berdoa moga dipermudahkan ke sana olehNYA.
Ya mmg betul duit hanya pemudahcara yang penting hati kita bersih dan sentiasa ingat kepadaNYA.

rosli said...

Salam Raihanah,

Terima kasih atas nasihat dan cara-cara tersebut. Saya jugak mmg dah dapat beberapa pandangan dari kawan2 lain. Semua ini menambah keyakinan saya nak kerjakan Haji dalam masa 2-3 tahun ini.

Bila minda kita terlalu banyak berfikir maka byk perkara yang ganggu tumpuan kita, antaranya soal anak2 masih kecik dan study mereka yg buat wife saya risau, saya dah pujuk dia, sbb tu kami setuju tahun 2012 /2013 masa tu anak bongsu dah 13 tahun.

Sementara ini kami mula gi kursus haji, dan saya ada bincang dgn wife, manalah tau tiba2 dapat peluang awal TH or ada ruang pakej swasta saya nak gi haji awal, kami setuju. Tetapi doa saya fokus tahun 2012/2013.Allah sentiasa mendengar permohonan kita.

Sekali lagi terima kasih kepada Hjh Raihanah, Hj Imran dan Rynas kerana berkongsi cerita dan memberikan dorongan. Amin.

Zura said...

Salam Hajah Raihanah,

Sudilah kiranya terima saya sebagai rakan blog..

raihanah said...

Salam saudari zura.

kecil tapak tangan
dataran merdeka saya tadahkan...

tks.

rosli said...

Salam Hjh dan Zura,

Saya pun mcm Hjh mengalu-alukan semua rakan-rakan , you are most welcome, semua blog yang menceritakan Makkah dan Madinah memang best dan mendamaikan jiwa saya. Setiap hari saya mesti masuk kesemua blog ini sebelum saya memulakan kerja, kalau di rumah pun jika ada masa saya akan jenguk2 blog ni, sampaikan anak dara saya (baru 16 tahun) heran dan selalu bertanya nape saya masuk semua blog tu....Kalau ada cerita dan padangan silalah kongsi kalau tidak keberatan.

Saya belum ada kekuatan nak buat blog sendiri lagi, cuma buat masa ini ada niat sahaja.

Zura said...

Kak Ana & Rosli, Alhamdulillah baru kali pertama respond diblog dah ada yang sudi berkongsi cerita. Untuk makluman kak ana & rosli, ini adalah kali pertama saya respond diblog. Syok rupe nyer. Saya pun mcm en rosli belum ada blog sendiri. Kita sembang2 tumpang blog hajah ni jer lah yea.. Cerita pasal Makkah & Madinah.

Anonymous said...

Salam...ohhh rancak bercerita tetang mekah yer..

semoga kiter semua dapat ke mekah buat kali kali yang berkali kali banyaknya...

raihanah said...

salam

terima kasih semua.
memang seronok dan tak bosan bercerita pasal tanah suci.

tks