Wednesday, July 22, 2009

Nabawi Nan Indah

Masjid Nabawi yang menempatkan makam Rasulullah
Nabawi yang mendamaikan

Subuh di Masjid Nabawi
Hamparan di dalam Masjid Nabawi
Lampu di dalam Masjid Nabawi
Berhampiran Raudah

Bermandi cahaya
Indahnya Nabawi
Ruang dalam Masjid Nabawi
Laluan masuk ke Raudah
Ruang dalam Masjid Nabawi
Waktu dhuha di Masjid Nabawi
Siling di Masjid Nabawi

13 comments:

rosli said...

Salam Hjh,

Bila tgk semua gambar ni , hati saya lagilah sayu dan rindu sangat kat Masjid Nabawi ni, laptop saya pun saya buat screen saver Makkah dan Madinah, hari2 tgk dan tak pernah jemu langsung.

Tahun 2008 masa saya buat umrah ( hujung Julai) , payung kat luar Masjid Nabawi belum siap sepenuhnya, skrg ni lebih redup dan orang akan lebih selesa solat kat luar bila musim haji dan bulan Ramadhan....ramai kawan2 cadangkan kepada saya selepas pergi haji, cuba buat umrah masa Ramadhan, mesti best.....hati begitu teruja...

raihanah said...

salam rosli.

Betul cakap kawan-kawan tu, bila dah tunai haji, pergilah umrah masa ramadan. Jauh berbeza dari tanah air sendiri, di sini bazar (makanan) ramadan tapi di sana kaya dengan ibadat.
saya berpeluang tunai umrah ketika Ramadan pada 2005 bersama ibu, bapa dan anak sulung. Bila dengar Sudais baca surah al-Baqarah pada malam terawih pertama, air mata berlinangan, tak boleh nak bendung masa tu. Hati begitu sayu dan bersyukur kerana dijemput sebagai tetamu ketika sambut Ramadan. Alhamdulillah.
Semoga Rosli pun dapat peluang begitu, Insya-Allah.

tks.

Zura said...

Salam kak ana,

Gambar2 ni bukan saja screen saver di komputer malah bersemadi dalam jiwa sepanjang masa sejak diundang kesana. Permaidani & lampu pun kita terkenang-kenang apatah lagi Kaabah. Subhanallah..

Terima kasih pada Imram kerana merakam gambar2 ni semasa mengerjakan umrah bersama Jelita2008.

raihanah said...

Salam zura

gambar-gambar yang imran ambil ni catat sejarah nampaknya! Almaklumlah dah tak de lagi Kembara Agung Jelita. Hanya tinggal dalam lipatan sejarah.

rosli said...

Salam Hjh & Zura,

Betul apa zura cakap, semua tersemat dalam hati, skrg program tv astro, iktibar dari Tanah Suci makin mendapat tmpt di hati semua penonton. Hope ada satu majalah or suratkhabar yang boleh buat program yang sama dan di masukkn dlm majalh tersebut.

Saya percaya ramai orang yang boleh menceritakan pengalaman mereka di Tanah Suci dan negara Arab yang lain.

raihanah said...

salam Rosli

ketika saya bertugas sebagai pengarang jelita, saya ada buat program Kembara Agung Umrah dan disiarkan di dalam majalah Jelita untuk dua bulan berturut-turut mengenai perjalanan ke Tanah Suci. Alhamdulillah, memang ramai yang suka. Betul kata Rosli, memang wajar ada majalah yang buat begitu juga sebab rakyat Malaysia semakin cenderung ke Tanah Suci.
Tks.

Zura said...

Salam,

Saya sokong cadangan rosli. Lebih banyak artikel lebih ramai yang yang mula buka mata dan kenal cinta sebenar Kaabah. Tapi apa daya, editor dah letak pen & kertas. Hajah jawab ler.....

raihanah said...

Salam zura
tks atas cabaran.

masih boleh dibuat program seumpama itu jika ada majalah yang sudi menerima atau mengemukakan cadangan itu kepada travel agency.
mantan editor ni sentiasa terbuka dengan cadangan yang begitu. tengok sajalah macam mana kunjungan TV9 ke Tanah Suci baru-baru ini. mereka kemuka cadang dan kami laksanakan permintaan.
insya-Allah.

Imran Paris said...

Puan Hajah....cubalah besarkan sikit gambar2 tu...maklumlah...umur kita ni semakin naik, penglihatan semakin terhad...paham2 jelah.

Hajah, sy sokong 100% saranan Rosli, apa lg, kata org pendayung dah di tangan (Hajah dah di Irna) kolek dah di air (Zura masih di magazine); buatlah program bersama yang dapat pertingkatkan kecintaan kita pd Allah dan Rasulullah.

Salam Syaaban dari saya di Paris :)

raihanah said...

Salam Haji Imran
wah berperibahasa pulak, saya akan pertimbangkan jika ada cadangan. Insya-Allah. Usaha menarik orang ke sana memang niat utama.

tks

rosli said...

Salam Hjh dan rakan,

Entah kenapa beberapa hari lepas, saya lebih suka baca blog2 yang biasa, tp tidak ada byk idea untuk diutarakan.'Mood' dan idea langsung tidak datang dan tidak keluar dari minda. Apapun saya nak share dua perkara 'kecik' yang saya tidak pernah buat sejak saya kenal puasa dan solat iaitu puasa sunat dalam bulan Rejab dan Syaaban dan solat sunat Dhuha. Baru belajar dan dapat motivasi dari sorang kawan lama. Rupa2nya kedua-dua ibadat sunat ini memang best. Saya akan usahakan seberapa kerap yang mgkn. Teringat orang2 tua dulu selalu cakap 'tak kenal maka tak cinta' dan lagi satu 'alah biasa tegal biasa'.

raihanah said...

Salam Rosli.
dah lama pulak tak update blog ni, kesuntukan masa, insya-Allah, akan diupdate soon.
sekadar berkongsi pengalaman,mulanya saya tidak amalkan solat dhua walaupun anak-anak perempuan di sekolah tahfiz mengamalkannya. mereka bercerita, tapi umi mereka ni diam sahajalah, tak ada inisiatif untuk ke arah tu hinggalah tahun lalu, iaitu kira-kira dua tiga minggu sebelum berangkat ke tanah suci, saya bermimpi, imam syuraim membaca ayat terakhir surah dhuha, kuat betul bunyinya,umpama tepi telinga saya je, sehingga menjadikan saya terkejut. bila saya terjaga, saya terfikir, itu 'turning point' untuk diri saya. Alhamdulillah, sejak hari itu, saya mula amalkan. Mudah-mudahan berterusan hingga hujung nyawa...
tks.

rosli said...

Salam Hjh dan rakan,

Saya just nak share apa yg saya lalui skrg, lately sorang kawan rapat saya selalu sms dan bagi galakan ttg solat sunat dhuha dan sujud syukur, solat malam dan peranan doa yang spesifik, dulu kami sama-sama jahil bab agama ni. Dia dah buat haji sekali dan umrah mgkn 2 kali. Saya dapati rezeki dia bertambah mudah , dia baru dapat pukulan hole in (golf) masa di jakarta ....ada cerita ini dalam blog prof. kamil semalam). Rezeki perniagaan syarikat tmpt dia kerja juga semakin maju.

Galakan buat umrah dan haji dari sahabat saya ini sgt menyentuh hati saya...hasilnya tahun 2008 saya buat umrah, kalau ikut hati tahun ini jugak saya buat haji....tp saya kena ada plan, kursus dan merancang kewangan.

Saya bersyukur dapat sahabat sebegitu, diam tak diam kami telah bersahabat 28 tahun , sejak tahun 1981. Sahabat saya ini jugak yg galakkan saya take up golf....skrg dia galak saya solat hajat, dhuha, solat malam dan byk lagi...Harapan dan doa agar hati saya mudah terima hidayah ini. Kepada rakan2 blog, terima kasih atas sokongan dan info sharing kerana ini semua memberikan satu dorongan kepada saya.

Kalau dulu masa nak berjaya dalam akademik kita selalu membaca pasal kejayaan orang yang masuk pusat pengajian tinggi dan berjaya, begitu juga saya sentiasa mengambil kisah dan iktibar rakan2 yang pernah buat haji/umrah dan semua jenis solat...Terima kasih semua.