Wednesday, July 08, 2009

Menjejak Bumi Anbia'

Makam yang menempatkan syuhada' Karbala di Bab As-Saghir di Damsyik, Syria
Bab As-Saghir di Damsyik yang menempatkan makam muazim pertama, Bilal bin Rabah

Panas terik tetapi berangin di kota Damsyik

Padat, pemandangan kota Damsyik dari kawasan tertinggi, iaitu Gunung Qasiyun

Masjid Khalid Al-Walid di Homs, bandar ketiga terbesar di Syria

Roman Amphitheatre yang sering menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong asing

Roman Amphitheatre di Bosra yang boleh memuatkan kira-kira 15,000 penonton dalam satu-satu masa.

Si cilik dari Syria yang mempesona

Makam Nabi Yahya a.s. di dalam Masjid Umawi, Damsyik, Syria

Menara Nabi Isa di Masjid Umawi, Damsyik. Syria.

Pemandangan dari Gunung Qasiyun.
Di Hama, bandar keempat terbesar di Syria. Menempatkan kinicir air danMasjid Al-Kabir.

Di Crack Des Chavelier (kota dalam kota) kurun ke-12, benteng terakhir tentera salib di bumi Arab dan Islam sebelum dibebaskan oleh Sultan Malik Zahir Al-Bybar pada 1271 Masihi. Untuk naik ke puncak Crack Des Chavelier ini bukan mudah. Ramai yang tidak mampu 'memanjat' hingga ke puncak.

Bergambar kenangan dengan rombongan Persatuan Sejarah Malaysia di Masjid Umawi, Damsyik, Syria.

Makam Habil, anak Nabi Adam yang dibunuh oleh Qabil. Pembunuhan itu adalah yang pertama di dunia, iaitu di pergunungan Qalamun, 45 km dari utara Damsyik, Syria. Saya bersama Ibu Neli (berbaju hijau).


Anda mahu ke bumi Anbia'? Hubungi Irna Yakin Travel & Tours sekarang - 03-41473699

2 comments:

Imran Paris said...

Puan Hajah...bagus jugak ye, kalau satu hari nanti dpt ke sana. Sebenarnya Syria dan juga Jordan ada dlm perancangan saya utk berziarah tahun depan...tahu kita hanya merancang Allah yg menentukan. Btw saya ada sahabat yg rapat di Syria dan juga di Jordan.

raihanah said...

Salam Tuan Haji

Syria ni wajar dikunjungi. banyak tinggalan sejarah islam dan makam sahabat di sana.

kalau dari Paris tu, kira dah dekatlah. agak-agak bilalah nak pi sana?