Showing posts with label umrah. Show all posts
Showing posts with label umrah. Show all posts

Thursday, April 01, 2010

Tetamu Allah

Perkarangan Masjid Nabawi yang tenteram dan mendamaikan

Redupnya pemandandangan ini

Bukit Uhud

Seronok melihat mereka ini

Di depan Muzium Dua Masjid Suci

Di dalam muzium

Di dalam muzium
Jabal Rahmah, tempat pertemuan Adam dan Hawa

Emmm...sedapnya!


Sepanjang Mac lalu, Irna Yakin Travel & Tours menguruskan pemergian kira-kira 300 jemaah umrah. Biarpun tiada musim cuti sekolah yang panjang, hanya satu minggu, tetapi ramai yang mahu menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Sekembalinya jemaah dari kota suci, ramai yang mengatakan Makkah cukup padat. Malah, ada jemaah yang mengatakan sama seperti bulan puasa. Wah, kalau begitu kata-kata jemaah, kita dapat gambarkan betapa ramainya umat Islam di Tanah Suci ketika ini. Ada yang menyangka jam 2 atau 3 pagi, sekitar Masjidil Haram agak lengang dan selesa untuk tawaf atau saie tetapi jangkaan mereka meleset kerana terus menerus dibanjiri jemaah. Gambar yang dipaparkan ini adalah rombongan jemaah umrah yang berlepas pada 11 Mac 2010.
Semoga mereka mendapat umrah mabrur.

Thursday, March 04, 2010

Kembara Usrah

Khusyuk mencatat maklumat yang disampaikan ketika kursus
Mengikuti kursus ibadat umrah yang disampaikan oleh Haji Md Roslan

Ustazah Asni (paling kiri) berkunjung ke pejabat urusan Irna Yakin Travel & Tours


Ada cadangan untuk mengerjakan ibadat umrah pada April ini? Jika ada, ayuh sertai pakej umrah Kembara Usrah bersama-sama Irna Yakin Travel & Tours pada 8 April ini. Pakej 13 hari 11 malam itu akan membuka peluang kepada jemaah untuk mendekati pendakwah yang semakin dikenali ramai, Ustazah Asni Abu Mansor.
Menerusi pakej umrah itu, pengembaraan ke Tanah Suci bersama-sama Ustazah Asni akan dirakamkan dan dijadualkan menemui penonton TV9 pada Ramadan dan Aidilfitri.
Jika anda berminat untuk menyertai pakej umrah Kembara Usrah, hubungi Irna Yakin Travel & Tours sekarang, 03-41473699 kerana tempat semakin terhad. Harga pakej hanya RM5,240 seorang.

Friday, January 22, 2010

Helo Malaysia

Gembira Ustaz Wan Akashah melihat isteri kesayangan muncul di kaca TV
Mula bersiaran

Hampir bersiaran

Ready for take...action....

Persiapan di saat-saat akhir

Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah membuat catatan

Pagi ini, pejabat urusan Irna Yakin Travel & Tours di Taman Melati Utama dihujani panggilan telefon berikutan kemunculan pembimbing ibadat umrah dan haji agensi pelancongan ini, Ustaz Haji Md Roslan dan penasihat khas, Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood secara 'live' menerusi saluran 502 Astro di dalam rancangan Helo Malaysia pada jam 10 malam, 21 Januari 2010.
Hari ini, rancangan itu diulang pada jam 8.30 pagi dan 11 pagi.
Alhamdulillah, kami menerima banyak panggilan dan pertanyaan mengenai pakej umrah yang disediakan.
Ustaz Md Roslan, yang muncul kali pertama secara 'live' tidak menang tangan melayan panggilan daripada rakan taulan. Usikan dan gurauan menjadikan Ustaz Md Roslan tersenyum panjang.
Ada juga pemanggil yang terus menempah pemergian ke Tanah Suci setelah mengetahui Ustazah Siti Nor Bahyah akan berangkat menunaikan umrah pada Jun ini.
Mudah-mudahan segala-galanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh-Nya.
Insya-Allah...

Friday, July 31, 2009

Kenangan Di Tanah Suci

Biar malam kian larut, Kaabah tetap dipenuhi
Lautan manusia sedang tawaf

Bazar di Makkah

Padang Arafah semakin menghijau

Masjidil Haram selepas Isya'
Hasidi, jemaah cacat penglihatan yang mengerjakan umrah bersama-sama Irna Yakin bergambar kenangan di ladang unta

Ketua rombongan Irna Yakin, Dato' Haji Md Yusof di ladang unta di Hudaibiyah

Minum shaie atau gahwa di ladang tamar

Pelbagai jenis manisan boleh ditemui di ladang tamar berhampiran Bukit Uhud

Bin Dawood di Madinah

Di Bukit Magnet, yang semakin popular di kalangan jemaah umrah

Di hadapan Masjid Nabawi
Muzium Dua Masjid Suci di Makkah

Pak Arab tayang betis nampaknya

Rombongan jemaah Umrah Irna Yakin yang berangkat ke Tanah Suci pada 8 Julai 2009 diketuai Dato' Haji Md Yusof Md Said. Gambar diambil oleh Nurul Iman Rusli, yang bertugas sebagai kurator Muzium Kesenian Islam di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Turut menyertai rombongan ini ialah Hasidi Hassan, yang bermasalah cacat penglihatan.

Tuesday, July 07, 2009

Jemaah Cikgu Zainal Bujang

Berhampiran masjid terapung, Jeddah
Di muzium di Makkah

Di lapangan terbang di Jeddah


Cikgu Zainal bersama mutawif



Di kilang Quran




Aduh, panasnya! Di Bukit Magnet, Madinah





Jemaah di kawasan Bukit Magnet






Di depan Hotel Safoa Taamiz, Makkah







Jemaah bergambar kenangan di depan muzium








Cikgu Zainal dan isteri di muzium di Makkah


Cikgu Zainal Bujang mungkin pernah anda lihat di kaca televisyen menerusi rancangan Iktibar dari Tanah Suci. Dia rancak bercerita mengenai anaknya yang hilang di Masjid Nabawi pada suatu ketika dahulu. Cikgu Zainal juga bukan asing lagi bagi mereka yang rajin membelek himpunan buku mengenai kisah di Tanah Suci kerana sudah menghasilkan 13 buku berkisar mengenai pengajaran di Makkah dan Madinah.
Pada 25 Mei 2009, Cikgu Zainal mengetuai rombongan jemaah umrah Irna Yakin Travel & Tours seramai 26 orang. Pada 10 Julai pula, insya-Allah, Jumaat ini, Cikgu Zainal sekali lagi akan mengetuai jemaah umrah Irna Yakin seramai 30 orang. Mudah-mudahan perjalanan beliau serta semua jemaah umrah berjalan lancar seperti direncanakan.
Insya-Allah di Makkah nanti, Cikgu Zainal akan turut memimpin enam lagi jemaah yang dijadualkan berangkat esok (8 Julai).
Mudah-mudahan mereka mendapat umrah yang mabrur.

Thursday, June 04, 2009

Umrah Rejab, Syaaban & Ramadan

Assalamualaikum.

Harap pembaca blog ini sentiasa dalam lindungan Pencipta. Irna Yakin Travel & Tours membuka peluang kepada anda untuk menunaikan umrah Rejab, Syaaban dan Ramadan.
Hubungi kami segera jika mahu keterangan lanjut berhubung perkara itu atau program Umrah Terbuka 2010-2014.
Jika berhajat menunaikan umrah pada Rejab, kami ada dua tarikh, iaitu 9 Julai dan 10 Julai 2009. Harganya RM6,990 seorang. Pesawatnya, MAS.
Jika berhajat menunaikan umrah pada Syaaban, ayuh sertai kami pada 2 Ogos hingga 13 Ogos dengan harga RM6,990 manakala 6 Ogos pula, harganya RM6,790 (Saudia).
Jika hendak berpuasa dan mengerjakan umrah, sertai pakej kami yang bermula dari 27 Ogos hingga 10 September 2009. Harganya RM7,890 dan menaiki pesawat MAS.
Tawaran menarik ialah peluang beribadat 40 waktu di Madinah dan 10 malam terakhir di Makkah, iaitu jika anda menyertai pakej bermula dari 31 Ogos hingga 17 September 2009. Harganya RM10,290 dan menaiki MAS.
Pakej pertengahan Ramadan pula ialah dari 3 September hingga 14 September 2009. Harganya RM7,790 dan menaiki MAS.
Pakej umrah akhir Ramadan, 10 September - 21September pula hanya berharga RM8,790 dan jemaah akan menaiki pesawat MAS.
Jom, tunggu apa lagi, hubungi segera 03-41473699.