Thursday, July 02, 2009

Dallah al-Baraqah





































Dallah al-Baraqah. Hotel tiga bintang yang bakal menempatkan jemaah umrah Irna Yakin Travel & Tours Sdn Bhd sepanjang Ramadan tahun ini. Tempatnya? Di Makkah, di kawasan Ajyad dan kira-kira 250 meter dari perkarangan Masjidil Haram.
Dengan ruang lobi yang luas dan bilik tidur yang luas, Insya-Allah ia dapat memberi keselesaan kepada jemaah umrah selepas beribadat. Dengan menu masakan Malaysia, mudah-mudahan hidangan disajikan memenuhi citarasa ramai.
Sebelum ini, jemaah umrah Irna Yakin ditempatkan di hotel penginapan di sekitar Misfalah/Ibrahim Khalil Street seperti Safoa Taamiz, Ufuk Fateh 1 dan Rawasi Bustan tetapi disebabkan kepadatan di kawasan itu, lebih-lebih lagi pada Ramadan, kami mengubah haluan ke penginapan di sekitar Ajyad.
Empat pakej umrah bersempena Ramadan iaitu 27 Ogos-10 Sept, 31 Ogos-17 Sept, 3 Sept-15 Sept dan 9 Sept-20 Sept. Keempat-empat pakej ini menawarkan penerbangan dengan MAS.



















No comments: