Thursday, June 04, 2009

Umrah Rejab, Syaaban & Ramadan

Assalamualaikum.

Harap pembaca blog ini sentiasa dalam lindungan Pencipta. Irna Yakin Travel & Tours membuka peluang kepada anda untuk menunaikan umrah Rejab, Syaaban dan Ramadan.
Hubungi kami segera jika mahu keterangan lanjut berhubung perkara itu atau program Umrah Terbuka 2010-2014.
Jika berhajat menunaikan umrah pada Rejab, kami ada dua tarikh, iaitu 9 Julai dan 10 Julai 2009. Harganya RM6,990 seorang. Pesawatnya, MAS.
Jika berhajat menunaikan umrah pada Syaaban, ayuh sertai kami pada 2 Ogos hingga 13 Ogos dengan harga RM6,990 manakala 6 Ogos pula, harganya RM6,790 (Saudia).
Jika hendak berpuasa dan mengerjakan umrah, sertai pakej kami yang bermula dari 27 Ogos hingga 10 September 2009. Harganya RM7,890 dan menaiki pesawat MAS.
Tawaran menarik ialah peluang beribadat 40 waktu di Madinah dan 10 malam terakhir di Makkah, iaitu jika anda menyertai pakej bermula dari 31 Ogos hingga 17 September 2009. Harganya RM10,290 dan menaiki MAS.
Pakej pertengahan Ramadan pula ialah dari 3 September hingga 14 September 2009. Harganya RM7,790 dan menaiki MAS.
Pakej umrah akhir Ramadan, 10 September - 21September pula hanya berharga RM8,790 dan jemaah akan menaiki pesawat MAS.
Jom, tunggu apa lagi, hubungi segera 03-41473699.

13 comments:

Br Hash said...

Assalamualaikum,

Seronoknya kalau dapat pergi di bulan yang dinyatakan tu. InsyaAllah kalau ada rezeki ana akan sampai jua ke sana.
Doakan semoga dimurahkan rezeki. Kita merancang, usaha dan Allah yang menentukannya.

raihanah said...

wa'alaikum salam Br Hash

Memang seronok menunaikan umrah ni, lebih-lebih lagi pada Ramadan. Mudah-mudahan Br Hash dimurahkan rezeki ke sana nanti.
terima kasih.

Imran Paris said...

Hajah...tahun depan 2010, bila start buat pakej umrah. Tak buat pakej umrah/ziarah slps musim haji ke? Bagus juga kalau dpt buat umrah bulan Februari. Kalau Irna Yakin ada pakej Februari...brp agaknya? Thanks Hajah :)

raihanah said...

tks tuan haji kerana bertanya. Tahun depan kita ada pakej lepas haji selepas pintu umrah dibuka. harga sekitar RM5,500, macam tahun ini juga. tapi nasib baik dapat lebih murah lagi, rm5,000 je.
immediatly after hajj sedang dirangka sebab dah ada permintaan. tapi selalalunya mahal sebab guna visa ziarah.
tuan haji tak minat ke nak sertai Kembara Irna? dapat gi umrah dengan harga diskaun rm250 seorang, kalau lima orang dah rm1,250.

Imran Paris said...

Nak gak sertai Kembara Irna ni Puan Hajah...tp Hajah salah kiralah, kalau tahun depan bukan ber5, dah ber6 dah...so dapat jimat RM1500 :) Hajah bila umrah gate di buka tahun hdpn, dah ada jadualnya ke atau Irna ada kenal Pak Guard atau Mak Guard kat Masjidil Haram ;) Sy ada gak berkira2 nak gi sana (kalau diperkenankanNya) masa bebudak cuti sekolah, sometime in mid February. Apa2pun nanti update ye Hajah

raihanah said...

Ye insya-Allah, saya akan update tuan haji untuk umrah tahun depan. mudah-mudahan tuan haji sekeluarga dimurahkan rezeki ke sana lagi dan duduk di zam-zam tower...

Kak As said...

salam,
kalau nak p umrah visa ziarah, ada trip ke Thaif tak.
brapa harga dan berapa hari . nginap kat mana ?.

boleh crita sikit.
bagi alamat blog syarikat.

Rashidah Ibrahim said...

Assalamualaikum.... baru terjumpa blog ana. Bolehlah saya kunjungi selalu...sila jenguk blog saya juga... idarashida.blogspot.com fasal hal-hal kerja ofis (luahan hati), anak dan kehidupan seharian je. tp shh...

Rashidah Ibrahim said...

oh ya... Ana, ofis tu nampak okey je... bolehlah shoot untuk anjung seri bagi ruangan pejabat... kalau bersedia untuk dirakam... bagi tahu ye?

raihanah said...

salam kak as

Insya-Allah kita akan buat pakej umrah ziarah bermula disember 2009,akan ziarah ke taif dan madain salleh. harganya dalam RM6,500, tempat tingal di makkah, rawasi bustan (120 meter) dari masjid dan madinah di saffir al-saha (50m) dari masjid nabawi. akan update nanti. tks kerana bertanya. website syarikat belum lengkap lagi. harap maaf kak as. tks sekali lagi.

raihanah said...

terima kasih shidah kerana sudi jengok-jengok blog ni, macam mana dengan buku anak awak?

nak masuk anjung seri? nanti kami discuss pasal perkara ini. tks.

Rashidah Ibrahim said...

Ana, buku anak tu dah terbit... jenguklah diarikhidmatnegara.blogspot.com kegiatannya ada sikit-sikit ditulis dlm blog akak.

Rashidah Ibrahim said...
This comment has been removed by the author.