Friday, January 22, 2010

Helo Malaysia

Gembira Ustaz Wan Akashah melihat isteri kesayangan muncul di kaca TV
Mula bersiaran

Hampir bersiaran

Ready for take...action....

Persiapan di saat-saat akhir

Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah membuat catatan

Pagi ini, pejabat urusan Irna Yakin Travel & Tours di Taman Melati Utama dihujani panggilan telefon berikutan kemunculan pembimbing ibadat umrah dan haji agensi pelancongan ini, Ustaz Haji Md Roslan dan penasihat khas, Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood secara 'live' menerusi saluran 502 Astro di dalam rancangan Helo Malaysia pada jam 10 malam, 21 Januari 2010.
Hari ini, rancangan itu diulang pada jam 8.30 pagi dan 11 pagi.
Alhamdulillah, kami menerima banyak panggilan dan pertanyaan mengenai pakej umrah yang disediakan.
Ustaz Md Roslan, yang muncul kali pertama secara 'live' tidak menang tangan melayan panggilan daripada rakan taulan. Usikan dan gurauan menjadikan Ustaz Md Roslan tersenyum panjang.
Ada juga pemanggil yang terus menempah pemergian ke Tanah Suci setelah mengetahui Ustazah Siti Nor Bahyah akan berangkat menunaikan umrah pada Jun ini.
Mudah-mudahan segala-galanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh-Nya.
Insya-Allah...

6 comments:

rynas said...

salam..dah lama tak jumpa kak ana. sihat ker? kak ana pegi umrah lagi Jun ni?

raihanah said...

Salam Siti
alhamdulillah sihat. rindu ke? selalu gak jumpa aton, setiap bulan lagi sebab view monthly buletin irna travel. bila boleh jumpa awak agaknya? dengar awak sibuk di HM. insya-Allah ada rezeki pi nanti.tks

Unknown said...

salam hjh ,

ummi pun dok ngadap dpn tv gak malam tu , seb baik Zahira sms bagitau .

bila kita dpt jumpa lagi , tak puas jumpa kat Muadz aritu , sekejap sangat ..

raihanah said...

Waalaikum salam.
betul, tak dapat sembang panjang hari tu. elok jumpa lagi kita ni, banyak benda boleh sembang. umi selalu free kan? selalu pi area mana?

Cempodot said...

Salam Raihanah, Saya berminat untuk mengikuti package umrah bersama Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood. Bagaimana caranya? Terima kasih.
Lina

raihanah said...

Salam,
Cempodot.

ustazah akan berangkat ke tanah suci pada jun ini, insya-Allah, daftar segera, dah ramai yang booking...tks