Wednesday, May 20, 2009

Umrah Terbuka

Kita sering diingatkan supaya merancang. Banyak perkara yang perlu dirancang, termasuklah kewangan, kehidupan seharian, perkahwinan, kerjaya dan kelahiran. Tidakkah tergerak di hati kita untuk merancang ibadat sebagai bekalan pada hari kemudian?
Hakikatnya, merancang ibadat jarang diperkatakan. Maklumlah, kita sedia maklum bahawa ibadat membabitkan hubungan kita dengan Pencipta dan tidak perlulah digembar-gemburkan.
Namun, ibadat yang saya maksudkan ini ialah ibadat umrah. Pastinya, ramai yang memasang niat untuk melangkah ke Tanah Suci namun bila? Masa, duit dan kesihatan, segala-galanya perlu memuaskan sebelum mengerjakan umrah.
Justeru, tidak salah merancang ibadat umrah anda. Peruntukkan masa, usah lupa menabung dan jagalah kesihatan. Paling penting, DOA agar niat dan hasrat menjadi Tetamu Allah berjaya dicapai!
Irna Yakin Travel & Tours Sdn Bhd memperkenalkan sistem Umrah Terbuka untuk membantu orang ramai mengerjakan ibadat umrah setelah merancang masa yang paling sesuai dan tabungan dicukupkan.
Menerusi sistem ini, anda hanya perlu membayar RM200 sebagai deposit untuk menunaikan umrah sama ada pada 2010 atau 2011. Tentukan tarikh yang paling sesuai untuk anda melangkah ke Tanah Suci setelah tabungan mencukupi. Jika satu bulan anda menyimpan di antara RM300 atau RM400, sudah tentu, dalam masa satu hingga dua tahun, insya-Allah, anda boleh melangkah ke sana.
Makin banyak tabungan bulanan anda, makin segeralah anda memenuhi undangan sebagai tetamu Allah. Mudah-mudahan...
Hubungi pejabat Irna Yakin untuk keterangan lanjut, 03-41473699.

No comments: