Sunday, October 18, 2009

Reunion SMPW

Bergaya sakan semuanya!
Semoga kita dapat bertemu selalu
Tengok apa tu?
Dua sahabat seronok berkaraoke
Tengoklah gelagat Intan, dah jadi mak orang tapi masih macam budak2
Bakat terendam perlu ditonjolkan
Ingat saya lagi tak? Dah panas ni...
Dari kanan, Baidura, Yati dan Leen
Intan Marina memeluk Cikgu Zabedah, (kanan), guru Matematik kami.

Gamat! Terharu! Gembira! Itulah yang boleh diungkapkan apabila bertemu kawan-kawan lama di bangku sekolah menengah. Bayangkanlah rakan-rakan yang pernah bertepuk tampar dan bergurau senda pada zaman 80-an bertemu semula. Pasti gamat!
Di mana tempatnya? Di Sekolah Puteri Wilayah. Terharu dapat bertemu guru-guru yang mendidik kami suatu ketika dahulu. Namun, terkilan sebab bukan semua guru dapat hadir pada majlis serba sederhana tetapi cukup meriah dengan gelak ketawa dan nostalgia lama.
Sukar juga mengecam rakan lama, maklumlah, sudah terputus hubungan sejak sebahagian besar daripada kami mendirikan rumah tangga. Ketika zaman sekolah, semuanya kurus2 belaka dan setelah beranak-pinak, faham-faham sajalah....
Kesukaran mengecam ditambah pula disebabkan bertudung. Dulu, semuanya free hair, rambut ikal mayang, mayang mengurai, China Doll, jambul di depan, remos dan apa sahaja fesyen rambut ketika itu, hatta sehingga rambut fesyen Lady D dan Olivia Newton John, semua jadi ikutan, tetapi sekarang, semuanya sudah kemas bertudung. Alhamdulillah.
Hampir 200 pelajar bertemu kembali dalam majlis reunion Aidilfitri SMPW. Terima kasih kepada adik-adik dan AJK yang berjaya menjejak kakak-kakak senior/veteran ni. Kami benar-benar gembira, bersyukur dan terharu kerana silaturahim dapat disambung kembali.
Diharapkan usaha seumpama ini dapat diteruskan lagi, usah tunggu Aidilfitri, sesekali bertemu dan bersembang apabila free.

Friday, October 02, 2009

Matta Fair 2009

Tiga jejaka idaman Malaya...
Tiga dara gumbira
Sempat meraikan birthday Zan yang ke-21 selepas berbuka puasa
Seronok walau serba sederna ketika berbuka puasa di booth Matta Fair
Buka puasa pada hari terakhir di Matta Fair
Shidah dan Zan cukup seronok!
Zahira sedang memberi penerangan kepada pengunjung
Datin Aminah memberi penerangan

Team hari pertama, Datin Aminah, Nana, Fadzil dan Shahril


Bertempat di PWTC, Hall 2, Dewan Tun Abdul Razak, Irna Yakin Travel & Tours mempromosikan pakej pelancongan dan umrah pada Matta Fair 2009 yang diadakan dari 4 September hingga 6 September 2009.
Pakej umrah hanya RM4,990 mendapat sambutan hangat! Pertanyaan tidak terhenti sepanjang pameran Matta tetapi kami dihujani panggilan telefon selepas pameran melabuhkan tirai! Alhamdulillah. Jika anda berminat dan belum mendaftar untuk menyertai pakej umrah RM4,990, jangan tunggu lagi, ayuh segera ke pejabat urusan Irna Yakin Travel & Tours atau layari laman web http://www.irna.com.my/.

Al-Rawshah

Dari kiri, Salleh, Dato' Masnawi dan Haji Shahril pulun sampai habis!
Mandy chicken tu kena tapaulah!
Dato' Masnawi (kanan) dan kawannya, Salleh menikmati mandy lamb
Asma, Nana dan saya
Ada yang menarik perhatian saya
Dah berat perut semuanya!
Pinggan mangkuk dan gelas senang nak cuci. semua licin

Anda penggemar masakan Arab? Sekarang ini, restoran Arab 'tumbuh bagai cendawan selepas musim hujan'. Boleh ditemui di mana-mana sahaja di sekitar Lembah Klang. Ada yang memang sedap, sederhana sedap dan kurang umph! Ada juga yang dulunya sedap tetapi sekarang sudah kurang sedap. Baru-Baru ini, kami berkunjung ke Al-Rawshah, restoran Arab yang terkenal dengan hidangan nasi Mandy. Lokasinya di Jalan Damai. Saya sering ke sana tetapi pada 30 September lalu, saya ke sana bersama-sama rakan setugas.

Salam Syawal

Dato' Zohir dan isteri
Dato' Masnawi bergambar kenangan dengan Dato' Siti Nor Bahyah dan cucunya

Dato' Siti Nor Bahyah, cucunya, Balqis dan peminat yang mencuri peluang bergambar dengannya
Dato' Siti Nor Bahyah diapit ibunya, Hajah Sofiah dan anaknya, Husna
Dato' Masnawi (berbaju merah) dan Ustaz Wan Akashah

(Dari kiri) Kak Ju, Datin Nani, Liza
Haji Azhar sekeluarga
Banyaknya makanan! Lapar sangat ke Nana dan Asma?

Belum terlambat bagi saya untuk mengucapkan Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca dan pengunjung blog ini. Terlalu lama tidak 'up date' blog ini kerana kesuntukan masa sepanjang Ramadan. Bersempena Ramadan lalu, Kumpulan Irna Yakin mengadakan majlis berbuka puasa sebelum Ramadan melabuhkan tirai. Tempatnya di Hotel De Palma, Ampang. Majlis dihadiri hampir 200 tetamu. Tuan rumah ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Irna Yakin, Dato' Masnawi dan Pengarah Urusan Kumpulan Irna Yakin, Dato' Mohd Zohir. Sebahagian besar datang bersama-sama keluarga masing-masing.

Wednesday, August 26, 2009

Hanya RM4,990

Masjid Nabawi semakin cantik dan terus pesat membangun
Solat sunat ihram sebelum mengerjakan umrah

Ladang unta di Hudaibiyah, Makkah

Bazar di sekitar Tanah Suci Makkah

Sekitar Masjid Nabawi, berhampiran Kubah Hijau


Hanya RM4,990 untuk mengerjakan ibadat umrah bermula Mac hingga Ogos 2010. Syaratnya? Daftar dengan Irna Yakin Travel & Tours dengan menghubungi talian 03-41473699.
Bayar wang pendahuluan RM2,000 sebelum 31 Disember 2009 dan bakinya boleh dibereskan satu bulan sebelum berangkat. Mudah sahaja! Sayugia diingatkan, bukan DARI RM4,990 tetapi HANYA RM4,990. Murah!!! Jangan tunggu, siapa cepat mendaftar, dia bakal memperoleh harga RM4,990 itu. Bayaran boleh dibuat secara tunai, cek dan kad kredit.
Bagaimanapun, jika pendaftaran dibuat pada atau selepas 1 Januari 2010, harganya sudah berlainan. Jadi, jangan tunggu, daftar terus dengan kami....
Penerbangan pilihan kami ialah MAS manakala tempoh pakej ialah 12 Hari 10 Malam. Pakej termasuk penerbangan terus pergi-balik kelas ekonomi sektor KUL/JED - JED/KUL, penginapan di Makkah dan Madinah (jarak di antara 50 meter hingga 120 meter), makan dan minum 3 kali sehari, khidmat mutawif, pengangkutan, ziarah, air zamzam, kursus umrah percuma, cenderahati dan seperti biasa petugas kami akan menemani anda dari Tanah Air hingga Tanah Suci.


Thursday, August 20, 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan

Masjidil Haram dibanjiri jutaan umat Islam pada setiap Ramadan
Mengikut sunnah, Rasulullah berbuka dengan tamar/kurma segar sebelum solat. Jika tiada tamar segar, Nabi berbuka dengan beberapa biji tamar kering dan jika tiada tamar kering, baginda meneguk air.

Mengerjakan umrah, termasuk menziarahi kota Madinah adalah sebahagian amalm tambahan yang boleh dilakukan ketika Ramadan





Insya-Allah, Sabtu ini kita akan menyambut 1 Ramadan. Bulan penuh keberkatan dan menjanjikan beribu-ribu ganjaran. Hati yang berpuasa akan sentiasa bersyukur dan tiada ruang untuk merungut.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "...dan bersyukurlah kepada-Ku (atau nikmat yang Aku berikan kepadamu) dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku.
Bersempena kehadiran bulan mubarak ini, saya memohon kemaafan di atas segala kesilapan. Semoga kita mampu meningkatkan amalan sepanjang Ramadan dan berpeluang bertemu malam Lailatul Qadar. Diharapkan segala amalan dilaksanakan sepanjang Ramadan diteruskan pada bulan-bulan berikutnya.

Salam Ramadan!


Thursday, August 06, 2009

Muzium Dua Masjid Suci

Pintu masuk ke Muzium Dua Masjid Suci, yang terletak di Makkah dan berhampiran Hudaibiyah
Pintu yang pernah menghiasi Masjid Nabawi

Pintu Kaabah

Himpunan di Muzium Dua Masjid Suci menjadi perhatian jemaah

Pancuran emas yang terletak di Hijr Ismail
Antik sungguh tangga kayu ini yang digunakan pada 1240 Hijrah

Tangga kayu untuk naik ke pintu Kaabah

Himpunan yang boleh ditemui di dalam muzium Dua Masjid Suci iaitu, bahagian atas tiang
Jemaah umrah Irna Yakin yang berlepas ke Tanah Suci pada 10 Julai 2009 dan dipimpin oleh Cikgu Zainal Bujang