Wednesday, August 26, 2009

Hanya RM4,990

Masjid Nabawi semakin cantik dan terus pesat membangun
Solat sunat ihram sebelum mengerjakan umrah

Ladang unta di Hudaibiyah, Makkah

Bazar di sekitar Tanah Suci Makkah

Sekitar Masjid Nabawi, berhampiran Kubah Hijau


Hanya RM4,990 untuk mengerjakan ibadat umrah bermula Mac hingga Ogos 2010. Syaratnya? Daftar dengan Irna Yakin Travel & Tours dengan menghubungi talian 03-41473699.
Bayar wang pendahuluan RM2,000 sebelum 31 Disember 2009 dan bakinya boleh dibereskan satu bulan sebelum berangkat. Mudah sahaja! Sayugia diingatkan, bukan DARI RM4,990 tetapi HANYA RM4,990. Murah!!! Jangan tunggu, siapa cepat mendaftar, dia bakal memperoleh harga RM4,990 itu. Bayaran boleh dibuat secara tunai, cek dan kad kredit.
Bagaimanapun, jika pendaftaran dibuat pada atau selepas 1 Januari 2010, harganya sudah berlainan. Jadi, jangan tunggu, daftar terus dengan kami....
Penerbangan pilihan kami ialah MAS manakala tempoh pakej ialah 12 Hari 10 Malam. Pakej termasuk penerbangan terus pergi-balik kelas ekonomi sektor KUL/JED - JED/KUL, penginapan di Makkah dan Madinah (jarak di antara 50 meter hingga 120 meter), makan dan minum 3 kali sehari, khidmat mutawif, pengangkutan, ziarah, air zamzam, kursus umrah percuma, cenderahati dan seperti biasa petugas kami akan menemani anda dari Tanah Air hingga Tanah Suci.


11 comments:

Imran Paris said...

Puan Hajah...HEBAT sungguh ni. Tentu ramai berderet mendaftar. Saya pun sedang berkira2 ni...kalau handling fee brp??? iyelah kalau saya pergi, saya tentunya dr Paris...tp kalau Puan Hajah nak sponsor penerbangan pulang saya Paris ke KL...saya tak kesah....tambah dialu-alukan pulak :) Bg tau ye Hajah.

Merci...eh Puan Hajah buka puasa apa hari ni???

raihanah said...

salam.
terima kasih kerana bertanya. kalau ground sahaja RM2,240 tapi jika tuan haji hanya perlukan makan minum dan penginapan sahaja, harganya RM1,300 seorang.

Buka puasa di Ofis hari ini, di Restoran Rumah Thai, CEO Irna Travel, Dato'Masnawi belanja...Alhamdulillah...

rosli said...

Salam Hjh dan Hj Imran,

Klu ikut harga dan pakej ini menarik sgt....terliur je nak buat umrah, tp saya dah berjanji dengan wife dan anak saya nak bawak mereka bersama buat umrah , so kena kumpul duit lagi ni.....

Hj Imran, semalam saya baca blog tuan, memang byk cerita yang menarik perhatian saya, apabila berbicara ttg diri sebelum buat umrah dan selepas mmg byk yg nak kita cerita.... aptah lagi Hj Imran dah buat haji , lagilah best....terima kasih kerana berkongsi cerita dan pengalaman.

Saya belum ada keberanian nak cerita dan satu lagi saya belum betul belajar nak buat blog sendiri. Semua atas kelemahan sendiri. Tapi yang pasti bila masuk blog PKDM dan tgk blog rakan2 saya begitu teruja.

Yang pasti hati keras saya dan kedegilan saya selama 45 tahun hidup telah pecah dan lembut bila buat umrah tahun 2008. Saya bersyukur dan saya percaya Allah masih nak bagi peluang kepada saya untuk berubah, skrg ni kalau tgk astro oasis airmata ini mudah sangat nak keluar....kalau citer pasal Makkah dan Madinah lagilah senang saya nak sebak, wpun malu dgn wife dan anak2, tp saya bersyukur.

Hjh maafkan saya kerana menggunakan blog ini bagi mengeluarkan rasa hati. Amin.

raihanah said...

Sebak saya dengar cerita encik rosli, tak mengapa, tiada salahnya jadikan blog ini sebagai 'gelanggang' untuk rintihan hati kerana ke arah kebaikan. saya doakan encik rosli berjaya bawa seisi keluarga tunai umrah. tks.

Imran Paris said...

Puan hajah...tumpang lalu.

En Rosli, sebenarnya Puan Hajah tak tau pun yg saya ada blog...skrg dah pecah lubang...hehehe. En Rosli, kalau nak cite hal Haji...mmg tak terhabis cerita...masa musim haji lalu, saya tak tak ambil byk gambar. Sepenuh masa saya tumpu utk ibadah dan berkenal2an dgn jemaah yg lain. Btw, ambik gambar kalau niat yg baik pun boleh dikira ibadah gak tau.

Oklah En Rosli, saya harap segala impian membawa keluarga ke Tanah Suci tercapai...SEGERA.

Salam Kemerdekaan buat semua :D

Dr Ridzwan Bakar said...

Salam Ramadan dan Tahniah cik puan raihanah,
Satu blog yg baik. Tawaran umrah juga nampak menarik. InsyaAllah nanti saya hubungi cik puan untuk diskusi lanjut.

raihanah said...

Salam Dr Ridzwan Bakar.
Terima kasih kerana 'menjengok' blog ini.
Saya ada hadiri majlis pelancaran buku Haji Muda Dr last year. Good Effort, Keep it Up!

aznaz said...

salam..

wahh hebatnyer...nak tau tempoh umrah bila nih..leh bhabq tak..berminat sponsor mys sister and brother lah..insyalah

syukran

waslam

raihanah said...

salam manzlie.
tks kerana bertanya.
harga tu untuk umrah di antara mac hingga ogos 2010. harga kekal walaupun musim cuti sekolah dan ramadan, syaratnya, kena daftar sebelum 31 disember 2009.

melanie said...

salam,
alhamdullilah..mungkin cita2 saya bakal tercapai..
saya ingin tahu lebih lanjut lagi mengenai tarikh berangkat..
boleh bagi detail?

raihanah said...

Melanie, jika tidak keberatan, boleh beri fon number awak, biar saya hubungi untuk detail mengenai umrah rm4,990, paling ramai daftar sekarang adlah untuk Mac, Jun dan Ogos, sebab cuti sekolah dan Ramadan.