Thursday, August 06, 2009

Muzium Dua Masjid Suci

Pintu masuk ke Muzium Dua Masjid Suci, yang terletak di Makkah dan berhampiran Hudaibiyah
Pintu yang pernah menghiasi Masjid Nabawi

Pintu Kaabah

Himpunan di Muzium Dua Masjid Suci menjadi perhatian jemaah

Pancuran emas yang terletak di Hijr Ismail
Antik sungguh tangga kayu ini yang digunakan pada 1240 Hijrah

Tangga kayu untuk naik ke pintu Kaabah

Himpunan yang boleh ditemui di dalam muzium Dua Masjid Suci iaitu, bahagian atas tiang
Jemaah umrah Irna Yakin yang berlepas ke Tanah Suci pada 10 Julai 2009 dan dipimpin oleh Cikgu Zainal Bujang




8 comments:

Imran Paris said...

Puan Hajah...beruntungnya sempat melawat dua2 muzium tu, saya ni masihbelum berkesempatan. Masa tunaikan haji tahun lalu...ada niat nak pergi tapi tiap kali nak pergi ada saja halnya...mungkin di kesempatan lain..tp entah bila. Harap dipermudahkanNya untuk ke menunaikan umrah dan haji lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi :D

raihanah said...

Salam Tuan Haji.
Macam mana Dublin? mesti seronok.
Insya-Allah ada rezeki dapatlah tuan haji ziarah muzium dua masjid suci ni. memang banyak sejarah nabawi dan masjidil haram di dalamnya.
tks.

rosli said...

Salam Hjh dan Hj Imran,

Saya dah lawat muzium ini tahun lepas, tetapi terlupa nak tanya pada mutawwif, byk bahan sejarah termasuk 'penutup' tepi Hajarul Aswad, tu pancur emas pun ada, nak tanya Hjh , adakah semua yg dalam muzium itu replika ataupun yang asal dan original dan ditukar sebab sudah kusam selepas beberapa lama di Makkah dan Madinah.

Tangga Kaabah , pengadang telaga zam-zam dan banyak tiang adakah yg dalam muzium ini replika atau yang asal, nak mintak kepastian dari Hjh sekiranya hjh boleh menjawapnya.

Yang pastinya saya amat senang dan selesa dan dapat byk info semasa dalam muzium ini...

Anonymous said...

Rindu Mekah bila tengok gambar2 tu...

:(

raihanah said...

Salam Rosli

Barang-barang dan semua himpunan di dalam muzium itu pernah digunakan di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Saya difahamkan ia bukan replika tetapi semuanya pernah menghiasi kedua-dua masjid itu.
Tks.

raihanah said...

Salam Arediks.

Rindu memang membara. Malam semalam,kak ana bermimpi berdiri di depan Masjidil Haram...Mudah-mudahan dipilih menjadi tetamu Allah lagi...

Imran Paris said...

Puan Hajah....mimpi malam Jumaat tu, insyaAllah berumrahlah Puan Hajah bulan Ramadhan nanti. BESTnya. Hajah, kami ke Dublin tempohari mmg best tp mana boleh challenge penangan Baitullah. Saya ada upload 138 keping gambar kami sekeluarga di Dublin...sudi2lah layari facebook saya. Puan Hajah kalau jd ke Tanah Suci...tolong habaq mai no :)

raihanah said...

Terima kasih tuan haji atas doa tu. bukan khamis malam jumaat, rabun malam khamis. mudah-mudahan adalah rezeki saya nanti.insya-Allah saya akan layari facebook tuan haji tu.
tks.