Sunday, October 18, 2009

Reunion SMPW

Bergaya sakan semuanya!
Semoga kita dapat bertemu selalu
Tengok apa tu?
Dua sahabat seronok berkaraoke
Tengoklah gelagat Intan, dah jadi mak orang tapi masih macam budak2
Bakat terendam perlu ditonjolkan
Ingat saya lagi tak? Dah panas ni...
Dari kanan, Baidura, Yati dan Leen
Intan Marina memeluk Cikgu Zabedah, (kanan), guru Matematik kami.

Gamat! Terharu! Gembira! Itulah yang boleh diungkapkan apabila bertemu kawan-kawan lama di bangku sekolah menengah. Bayangkanlah rakan-rakan yang pernah bertepuk tampar dan bergurau senda pada zaman 80-an bertemu semula. Pasti gamat!
Di mana tempatnya? Di Sekolah Puteri Wilayah. Terharu dapat bertemu guru-guru yang mendidik kami suatu ketika dahulu. Namun, terkilan sebab bukan semua guru dapat hadir pada majlis serba sederhana tetapi cukup meriah dengan gelak ketawa dan nostalgia lama.
Sukar juga mengecam rakan lama, maklumlah, sudah terputus hubungan sejak sebahagian besar daripada kami mendirikan rumah tangga. Ketika zaman sekolah, semuanya kurus2 belaka dan setelah beranak-pinak, faham-faham sajalah....
Kesukaran mengecam ditambah pula disebabkan bertudung. Dulu, semuanya free hair, rambut ikal mayang, mayang mengurai, China Doll, jambul di depan, remos dan apa sahaja fesyen rambut ketika itu, hatta sehingga rambut fesyen Lady D dan Olivia Newton John, semua jadi ikutan, tetapi sekarang, semuanya sudah kemas bertudung. Alhamdulillah.
Hampir 200 pelajar bertemu kembali dalam majlis reunion Aidilfitri SMPW. Terima kasih kepada adik-adik dan AJK yang berjaya menjejak kakak-kakak senior/veteran ni. Kami benar-benar gembira, bersyukur dan terharu kerana silaturahim dapat disambung kembali.
Diharapkan usaha seumpama ini dapat diteruskan lagi, usah tunggu Aidilfitri, sesekali bertemu dan bersembang apabila free.

4 comments:

Unknown said...

salam Raihanah ,
seronok campur geram , bila tengok semua nya bersuka ria ,bila ler ummi ni dpt berseronok dgn rakan2 sekolah menengah dulu .tambah2 lg umur kita sebaya.
rasa nya ummi dpt bertemu dgn pelajar sekolah ummi klu Raihanah yg pertemukn dgn org kuat IRNA coz dia satu sekolah dgn ummi dulu .ustazah siti tu....tp dia tak kenal ummi kot.
sebenarnya ummi mrancang untuk keSANA thn depan ,jd tengah mencari agensi yg dpt mbntu ummi , blh x raihanah email ummi di vilakd@yahoo.com ..semoga ikatan ukhuwah berpanjangan

raihanah said...

Wa'alaikumsalam.
insya=allah saya temukan ummi dengan ustazah, khamis ni kami akan bertemu di muzium kesenian islam, ada majlis pelancaran pameran menuju ke makkah, saya akan bagi tau ustazah pasal ummi. kalau pi umrah dengan irna pun lebih banyak peluang dapat jumpa ustazah, kalau tak pi, dia akan beri tazkirah pada jemaah yang berangkat. apapun, saya suka kalau dapat temukan ummi dengan ustazah, insya-Allah akan diaturkan.

rosli said...

Salam Hjh,

Tahniah sbb dapat berjumpa kawan2 lama. Setiap kali saya tgk orang jumpa kawan2 lama saya jeles sbb saya tak dapat jumpa kawan2 lama saya. Saya sempat bersekolah menengah di tiga bandar...tahun 1976 -1978 di BBBS , Petaling Jaya, tahun 1979-1980 di Sek Men Teknik Cheras dan lepas tu tingkatan enam di STAR Klang dari tahun 1981 hingga 1982. Masuk UM tahun 1983 hingga 1986.....agaknya pasal byk bertukar sekolah so jadi susah nak berkumpul.... mgkn kawan2 masa tingkatan enam akan buat gathering untuk rakan2 di STAR, Klang pada musim raya haji nanti....tak sabar nak jumpa kawan2 lama yg majoritinya tinggal di Lembah Klang kebanyakannya ada di KL, Klang, Banting, Bangi dan beberapa bandar lain dalam Selangor ni.

Mgkn lepas tu kami akan lebih rapat...Amin

raihanah said...

Salam Encik Rosli.
memang seronok dapat jumpa gang lama, banyak cerita, kelakar pun ada bila teringat zaman sekolah, tambah pulak kalau nakal, tentu cikgu kenal.
tks