Wednesday, May 13, 2009

Assalamualaikum

Sudah terlalu lama saya tidak menulis di dalam halaman blog ini. Sibuk dengan tugas. Itu jawapan paling tepat. Sibuk menguruskan pemergian ke Tanah Suci bersama-sama 26 lagi jemaah pada 27 April hingga 9 Mei 2009. Pemergian ke sana 13 hari 11 malam, terasa tidak puas. Biasalah, ke Makkah ni, memang tidak pernah puas. Tidak jemu memenuhi undangan sebagai tetamu Allah.
Setiap kunjungan meninggalkan kenangan abadi. Begitu juga pada kali ini. Hati tersentuh apabila melihat seorang daripada jemaah yang cacat penglihatan menitiskan air mata di Taman Syurga, iaitu Raudah dan mengunjungi makam junjungan mulia, Rasulullah SAW.
Jemaah itu, yang saya panggil Kak Hasnah, tidak mampu melihat tetapi emosinya tetap tersentuh apabila berkunjung ke makam Rasul dan sahabat. Saya kagum melihatnya! Mengapa dia menangis sedangkan tidak mampu melihat makam Rasul dan Taman Syurga? Dia 'melihat' dengan mata hati. Tatkala saya membacakan doa ketika ziarah ke makam Rasul, suara kak Hasnah bergetar mengikut bacaan doa saya. Ternyata dia pun sebak dan tidak mampu membendung air mata ketika berkunjung ke Makam Junjungan sebagaimana yang dialami si celik ketika ziarah ke makam Nabi dan sahabat.
Banyak kenangan yang terpahat dalam ingatan dan pastinya pemergian ke Tanah Suci meninggalkan seribu pengertian kepada yang memahami...
Jumpa lagi nanti...

4 comments:

Anonymous said...

Salam kak ana, sebak lak rasa, rindu sangat tanah suci...
ptg ni kiter jumpe eh...

Maryam Elyas said...

Salam untuk Kak Ana,
Berapa tambang umrah di syarikat Kak Ana untuk Julai 2009? Masih ikut harga dalam blog Kak Ana yang lepas ke?

raihanah said...

Aton.
insya-allah kita jumpa petang ini.

Mariam
pakej julai (pertengahan rejab) 6 julai hingga 17 July - rm5,990.
akhir rejab (10 july - 23 july -rm5,990.
pesawat gulf air dan sia
tks

Maryam Elyas said...

Kak Ana,
Terima kasih untuk maklumat tu. Emak saya, adik lelaki saya dan beberapa jiran di JB nak pergi umrah pada Julai ini. Harapan mereka ialah nak pergi pada 4 Julai. Jadi buat masa ini sedang mencari pakej yang bersesuaian dengan kewangan (bawah RM5,000) dan masa (4 Julai). TQ