Friday, March 13, 2009

Perhimpunan Agung Umno

Assalamualaikum dan Salam Hormat.
Dari 24 Mac hingga 28 Mac ini, Pusat Dagangan Dunia Putra akan menjadi tumpuan jutaan manusia - ahli Umno, perwakilan, pemimpin, pemerhati, wartawan tempatan dan luar negara, jurugambar, peniaga dsbnya.
Kami di Irna Yakin Travel juga sedang sibuk membuat persiapan terakhir untuk menantikan kemunculan kad Kembara Irna yang akan diperkenalkan kepada umum pada 23 Mac ini.
Alhamdulillah, Irna Yakin berjaya mendapat booth di tapak perhimpunan agung Umno sepanjang seminggu itu nanti. Justeru, jika anda pengunjung atau pembaca blog ini, jangan lupa singgah di booth Irna Yakin Travel & Tours di L82, berhampiran TDC. Anda pasti tidak terlepas pandang kerana booth kami dekat laluan masuk. Kalau tak nampak, alamatnya...
Bersempena minggu pengenalan kad Kembara Irna, anda berpeluang mendapat hadiah menarik, percutian domestik dan luar negara.
Bukan itu sahaja, habuan dan ganjaran memberangsangkan menanti anda sebagai pemegang kad Kembara Irna selagi hayat dikandung badan. Antaranya, diskaun RM250 setiap kali menunaikan umrah bersama-sama Irna Yakin Travel, kemudahan touch n' go, komisyen ahli dapat ahli, bantuan kemalangan dan kecemasan V-Assist 24 jam (percuma untuk satu tahun, selepas itu, bayaran minimum dikenakan), diskaun sehingga 30% bagi tempahan percutian, diskaun sehingga 30% di butik, spa, restoran dan kedai terpilih.
Jadi, tunggu apa lagi? Usah lepaskan peluang keemasan ini. Temui kami di L82 nanti!

2 comments:

Unknown said...

Tengah sibuk lerr sekarang ni ya... Bila bole jumpa ekk. Rindu le...

raihanah said...

rasanya sibuk lagi masa kerja dalam bidang kewartawanan, sekarang masih ada space...tapi taklah lost in space...
jumpalah di L82, PWTC, insya-Allah, sign up sekali sebagai ahlilah. banyak manfaat, sepanjang hayat lagi. bayar sekali je.