Thursday, February 05, 2009

Umrah Perdana

Assalamualaikum. Harap anda sihat dan sentiasa dirahmati Maha Esa.

Anda berhasrat merngerjakan ibadat umrah bersama-sama Dato' Siti Nor Bahyah? Jika mahu, jangan lepaskan peluang keemasan ini dengan menyertai rombongan umrah perdana kami yang dijadualkan pada 29 Mei 2009 bersempena cuti persekolahan. Kembara ibadat ke Tanah Suci ini dijadualkan mengambil masa kira-kira 12 hari 10 malam. Pengisiannya insya-Allah melekat di hati anda! Gandingan mantap Dato' Siti Nor Bahyah sebagai penceramah motivasi tersohor tanah air dan pengalaman bekas pegawai dan pembimbing jemaah haji dan umrah Tabung Haji Travel, Ustaz Mohd Roslan pasti menyebabkan anda memperoleh penghayatan ibadat sepanjang mengerjakan umrah bersama-sama Irna Yakin Travel & Tours.

Namun, jika ada sudah merancang percutian pada musim cuti persekolahan ini dan tidak berkesempatan bersama-sama kami untuk menunaikan umrah, bolehlah pilih tarikh lain, bermula April ini hingga akhir Ramadan.

Insya-Allah, anda masih mendapat bimbingan daripada Dato' Siti Nor Bahyah atau suami, Ustaz Wan Akashah Abdul Hamid dan Ustaz Mohd Roslan sebagai melengkapkan lagi ilmu sebelum melangkah ke Tanah Suci. Pada Syaaban/Ramadan, insya-Allah, Dato' Siti Nor Bahyah ada bersama-sama anda jika mahu beribadat di dua kota suci.


Harga? Bermula dari RM5,220 seorang (empat orang sebilik)
Jika mahu duduk dua orang sebilik harganya RM6,000
Di Makkah, menginap di Ufuk al-Fateh/Hotel Shobra manakala di Madinah, Mawaddah Hotel/Al-Fayrous.

2 comments:

Maryam Elyas said...

Kak Ana, seronoknya dapat pergi umarah ke sana. Saya dan keluarga ada merancang nak pergi umrah seramai empat orang. Namun belum tahu bila tarikh nak pergi kerana masih kumpul duit dulu. Insya-Allah jika ada rezeki saya akan pergi ke sana bersama Irna Yakin.

raihanah said...

Terima kasih kerana beri respon paling awal.

Manalah tau, bila ada rezeki kak ana boleh pergi sekali dengan famili awak. mudah-mudahan...