Wednesday, July 14, 2010

Cuti-Cuti

Di Beijing, segala-galanya boleh dijadikan makanan
Serangga untuk dimakan...Eee...

Pemandangan di Beijing
Beijing, bandar konservatif
Ho Chi Minh, Vietnam
Pejabat Pos Besar di HCM
Aksesori di dalam Pejabat Pos Besar
Gereja Notre Dame di HCM
Sungai Mekong
Chu Chi Tunnel
emm...waktu makan...
Menyusuri Mekong Delta

Di Jeti Sungai Mekong
Mahu melancong ke Vietnam dan membeli-belah di sana? Jom sertai kami pada Oktober ini untuk berlibur di Ho Chi Minh. Pakej 4 hari 3 malam dan berharga RM1,700 dengan penerbangan Mas.
Banyak tempat yang boleh anda lawati selain membeli-belah di sana. Mekong River, Chu Chi Tunnel pasti meninggalkan kenangan manis untuk anda yang gemar mengembara dan mengetahui sejarah silam.
Bagi mereka yang berminat ke Beijing di China pula, kami juga menawarkan pakej 5 hari 4 malam ke negara yang menempatkan Tembok Besar dan Medan Tiananmen. Pakej Beijing Muslim Tour bernilai RM1,991 untuk 4 hari 3 malam manakala pakej 5 hari 4 malam pula berharga RM2,100. Penerbangan menerusi pesawat MAS. Tunggu apa lagi. Hubungi Irna Yakin Travel & Tours untuk keterangan lanjut - 03-41473699

Friday, June 11, 2010

Saksikan

Haji Roslan ditemuramah oleh wartawan BTV
Drs Haji Mahmod Abdullah ditemuramah

Salam
Minat melancong dan mengerjakan ibadat umrah? Ikuti perkembangan terkini Irna Yakin Travel & Tours di saluran 502 Astro menerusi berita utama BTV pada jam 8 mlm, 8.30 mlm & 9.00 mlm ini (11 Jun 2010).
Kenali dengan lebih dekat lagi agensi dan syarikat kami selepas menyaksikan laporan berita itu nanti. Usah ke mana-mana tau! Jika mahu melancong, menunaikan umrah dan mengetahui mengenai kad Kembara Irna, hubungi kami dengan segera pada talian 03-41473699.


Wednesday, May 26, 2010

Holy Land

Kaabah sentiasa menggamit bakal tetamu Allah
Dari paras 19, Hotel Al-Safwah Orchid

CL di samping rakan setugas
Rakaman oleh krew TV9

Bergambar kenangan bersama CL

Menuju ke Maulid Nabi

Di Bukit Pemanah, Uhud
Si cilik bergambar di ladang unta di Hudaibiah

Penggambaran di Jabal Thur

Di Jaaranah

Ustaz Hidayatullah (kiri) dan Ustaz Roslan (kanan) - orang kuat Irna Yakin Travel

Berhampiran King Abdul Aziz Gate

Penggambaran di dataran Masjidil Haram

Makan time - nasi mandy kambing, air tangan Ustaz Hidayatullah
Gembiranya mereka!
Tanda mata dari Bukit Uhud
Akar Siti Fatimah
Sekitar Uhud
Masjid Quba'

Di Quba'
1,2,3...action
Makan time lagi! Memang sedap nasi lemak n kari kambing...
Tanah Suci oh Tanah Suci!. Rindu terus membara biarpun baru bersua. Rakaman penggambaran Kembara Usrah dari 8 April hingga 20 April meninggalkan kenangan manis lagi abadi kepada setiap tetamu Allah.
Rakaman penggambaran oleh krew TV9 turut diadakan di beberapa tempat yang mungkin atau tidak pernah dijejaki oleh tetamu Allah tatkala menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Bukit Magnet, Maulid Nabi, Kudai, Perkampungan Bani Hashim dan tempat Bilal bin Rabah diseksa adalah antara lokasi penggambaran. Memang menarik dan sungguh mengujakan. Jika mahu mendapatkan gambaran jelas mengenai tempat2 berkenaan, jangan lupa tonton Usrah pada 13 Ogos, 20 Ogos, 27 Ogos dan 3 September 2010.
Rakaman penggambaran turut diadakan di Al-Safwah Royale Orchid yang mana krew merakamkan ucapan Aidilfitri dan pengalaman rakan blogger, CL atau Haji Azli yang bertugas di hotel berkenaan.

Thursday, April 01, 2010

Tetamu Allah

Perkarangan Masjid Nabawi yang tenteram dan mendamaikan

Redupnya pemandandangan ini

Bukit Uhud

Seronok melihat mereka ini

Di depan Muzium Dua Masjid Suci

Di dalam muzium

Di dalam muzium
Jabal Rahmah, tempat pertemuan Adam dan Hawa

Emmm...sedapnya!


Sepanjang Mac lalu, Irna Yakin Travel & Tours menguruskan pemergian kira-kira 300 jemaah umrah. Biarpun tiada musim cuti sekolah yang panjang, hanya satu minggu, tetapi ramai yang mahu menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Sekembalinya jemaah dari kota suci, ramai yang mengatakan Makkah cukup padat. Malah, ada jemaah yang mengatakan sama seperti bulan puasa. Wah, kalau begitu kata-kata jemaah, kita dapat gambarkan betapa ramainya umat Islam di Tanah Suci ketika ini. Ada yang menyangka jam 2 atau 3 pagi, sekitar Masjidil Haram agak lengang dan selesa untuk tawaf atau saie tetapi jangkaan mereka meleset kerana terus menerus dibanjiri jemaah. Gambar yang dipaparkan ini adalah rombongan jemaah umrah yang berlepas pada 11 Mac 2010.
Semoga mereka mendapat umrah mabrur.

Thursday, March 04, 2010

Kembara Usrah

Khusyuk mencatat maklumat yang disampaikan ketika kursus
Mengikuti kursus ibadat umrah yang disampaikan oleh Haji Md Roslan

Ustazah Asni (paling kiri) berkunjung ke pejabat urusan Irna Yakin Travel & Tours


Ada cadangan untuk mengerjakan ibadat umrah pada April ini? Jika ada, ayuh sertai pakej umrah Kembara Usrah bersama-sama Irna Yakin Travel & Tours pada 8 April ini. Pakej 13 hari 11 malam itu akan membuka peluang kepada jemaah untuk mendekati pendakwah yang semakin dikenali ramai, Ustazah Asni Abu Mansor.
Menerusi pakej umrah itu, pengembaraan ke Tanah Suci bersama-sama Ustazah Asni akan dirakamkan dan dijadualkan menemui penonton TV9 pada Ramadan dan Aidilfitri.
Jika anda berminat untuk menyertai pakej umrah Kembara Usrah, hubungi Irna Yakin Travel & Tours sekarang, 03-41473699 kerana tempat semakin terhad. Harga pakej hanya RM5,240 seorang.