Tanah Suci oh Tanah Suci!. Rindu terus membara biarpun baru bersua. Rakaman penggambaran Kembara Usrah dari 8 April hingga 20 April meninggalkan kenangan manis lagi abadi kepada setiap tetamu Allah.
Rakaman penggambaran oleh krew TV9 turut diadakan di beberapa tempat yang mungkin atau tidak pernah dijejaki oleh tetamu Allah tatkala menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Bukit Magnet, Maulid Nabi, Kudai, Perkampungan Bani Hashim dan tempat Bilal bin Rabah diseksa adalah antara lokasi penggambaran. Memang menarik dan sungguh mengujakan. Jika mahu mendapatkan gambaran jelas mengenai tempat2 berkenaan, jangan lupa tonton Usrah pada 13 Ogos, 20 Ogos, 27 Ogos dan 3 September 2010.
Rakaman penggambaran turut diadakan di Al-Safwah Royale Orchid yang mana krew merakamkan ucapan Aidilfitri dan pengalaman rakan blogger, CL atau Haji Azli yang bertugas di hotel berkenaan.