Masjidil Haram dibanjiri jutaan umat Islam pada setiap Ramadan
Mengikut sunnah, Rasulullah berbuka dengan tamar/kurma segar sebelum solat. Jika tiada tamar segar, Nabi berbuka dengan beberapa biji tamar kering dan jika tiada tamar kering, baginda meneguk air.
Mengerjakan umrah, termasuk menziarahi kota Madinah adalah sebahagian amalm tambahan yang boleh dilakukan ketika Ramadan
Insya-Allah, Sabtu ini kita akan menyambut 1 Ramadan. Bulan penuh keberkatan dan menjanjikan beribu-ribu ganjaran. Hati yang berpuasa akan sentiasa bersyukur dan tiada ruang untuk merungut.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "...dan bersyukurlah kepada-Ku (atau nikmat yang Aku berikan kepadamu) dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku.
Bersempena kehadiran bulan mubarak ini, saya memohon kemaafan di atas segala kesilapan. Semoga kita mampu meningkatkan amalan sepanjang Ramadan dan berpeluang bertemu malam Lailatul Qadar. Diharapkan segala amalan dilaksanakan sepanjang Ramadan diteruskan pada bulan-bulan berikutnya.
Salam Ramadan!

8 comments:
Salam Ramadhan buat Puan Hajah sekeluarga jua. Hajah, agensi Irna tak buat umrah Ramadhan ke? Bila? Brp pakejnya? Ramai ke tetamu Allah kali ini? Alamak byk pulak soalannya...bukan apa teruja sgt saya nak berumrah dan Ramadhan di bumi Barakah. Mlm smlm semasa Maghrib, saya sekeluarga dah berkira2 dan merancang nak berumrah Ramadhan/Syawal di tanah suci...bukanlah tahun ni, insyaAllah tahun depan. Doakan ye. Thanks Hajah...byk ke baju raya tahun ni Hajah ;)
Salam
Alhamdulillah, Irna Yakin ada uruskan jemaah umrah bersempena Ramadan ni. Visa pun dah tutup untuk Ramadan ni. Kalau nak pi umrah Ramadan, mesti awal.
Baju raya, belum beli lagi...
Salam Ramadan, semoga sentiasa mendapat keberkatan..
salam aton.
jangan lupa keenakan kopi di masjid negara. bila nak pi?
Eh...Hajah, bulan2 puasa ni mengingatkan kita pd kopi Masjid Negara pulak....kopi cap kapal api ke kopi cap kapal selam ;-J
Entahlah Haji Imran, kopi cap apa. tapi memang best kopi tu. cuma dihidangkan untuk moreh. dah dua tahun berturut2 pekena kopi kat situ. memang best. tahun ni Insya-Allah.
Eh...jauhnya Puan Hajah gi solat terawih....gi naik kete ke gi jln kaki...iyelah nak exercise lepas buka puasa tu...hehehe. Jgn marah Hajah...gurau je
salam tuan haji imran
bila pi masjid negara naik keretalah, seronok terawih di masjid/surau yang berbeza. ada kelapangan dan sihat badan, saya suka bertukar-tukar masjid untuk terawih ni.
Post a Comment