Friday, January 22, 2010

Helo Malaysia

Gembira Ustaz Wan Akashah melihat isteri kesayangan muncul di kaca TV
Mula bersiaran

Hampir bersiaran

Ready for take...action....

Persiapan di saat-saat akhir

Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah membuat catatan

Pagi ini, pejabat urusan Irna Yakin Travel & Tours di Taman Melati Utama dihujani panggilan telefon berikutan kemunculan pembimbing ibadat umrah dan haji agensi pelancongan ini, Ustaz Haji Md Roslan dan penasihat khas, Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood secara 'live' menerusi saluran 502 Astro di dalam rancangan Helo Malaysia pada jam 10 malam, 21 Januari 2010.
Hari ini, rancangan itu diulang pada jam 8.30 pagi dan 11 pagi.
Alhamdulillah, kami menerima banyak panggilan dan pertanyaan mengenai pakej umrah yang disediakan.
Ustaz Md Roslan, yang muncul kali pertama secara 'live' tidak menang tangan melayan panggilan daripada rakan taulan. Usikan dan gurauan menjadikan Ustaz Md Roslan tersenyum panjang.
Ada juga pemanggil yang terus menempah pemergian ke Tanah Suci setelah mengetahui Ustazah Siti Nor Bahyah akan berangkat menunaikan umrah pada Jun ini.
Mudah-mudahan segala-galanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh-Nya.
Insya-Allah...

Tuesday, January 12, 2010

Ayuh ke SACC


Mulai Jumaat hingga Ahad ini, kunjungi booth 015 Irna Yakin Travel & Tours di Pusat Konvensyen Shah Alam bersempena Pameran Umrah dan Pelancongan Muslim dari jam 10 hingga 9 malam.
Kami sediakan macam-macam pakej menarik. Jadi jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke booth kami itu. Letaknya di sebelah kiri pintu masuk utama.
Promosi yang bakal menunggu anda ialah Pakej Umrah Mutiara Irna!
Kenapa? Sebab setelah anda membeli pakej umrah dengan kami, anda berpeluang untuk mendapat hadiah bonus. Apa dia? Jika hendak tahu, kunjungi ke booth kami dulu!
Pastikan anda cepat kerana tawaran hebat ini hanya dibuka untuk 100 jemaah terawal.
Pakej umrah itu khusus untuk mereka yang bercadang untuk mengerjakan ibadat umrah pada Mei dan Julai. Jika anda merancang untuk beribadat di Tanah Suci pada Mei dan Julai 2010, jangan lupa mendaftar dengan kami di booth 015 kerana anda juga dapat bonus istimewa!

Jom...jom....jom...